Hai, diriku
Sungguh aku berterima kasih kepada diri ini
Hidup bukan selalu bahagia
Hidup butuh perjuangan, halangan dan ujian
Tapi, bolehkah aku berputus asa?
Yang aku fikirkan hanya ingin bebas dari hidup ini
Andai aku sedar betapa berharganya diri ini
Takkan aku berputus asa walau sedikit pun
Lihatlah diri
Tak kusangka kita begitu kuat
Sehinggalah sekarang
Walau kesedihan tetap datang
Akan ku sematkan dalam ingatan ini
Berjuang demi cita-cita
Berjanji untuk membuat orang tuaku bangga
Walau banyak ujian yang harus dihadapi
Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Akan ku doa kepada-Nya
Memohon keampunan dari-Nya
Ketika diri ini susah
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun
Buka mata jangan buta
Betapa beruntungnya diri ini
Lihatlah
Di luar sana, lebih ramai yang dalam kesusahan
Namun terus bangkit dalam kehidupan
Tidak pernah mengalah
Dalam kesusahan yang dihadapi
Jadilah seperti semut
Sentiasa berusaha dan tidak pernah mengenal erti penat
Walaupun dihadapannya ada halangan
Akan tetapi
Terus berusaha mendapatkan apa yang diinginkan
-Nur Alya Batrisyia Binti Khairil Luqman-