Projek Harapan – Klinik Psikiatri Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Serdang

Bersempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2023, pihak MeCare dengan kerjasama @sukarelawansosialislam dari Bahagian Keluarga, Sosial & Komuniti @myjakim telah menjalankan Projek Harapan 2023 dengan mengedarkan bunga mawar kuning serta kad ucapan bertulis kata-kata semangat untuk memberikan sokongan moral kepada para pesakit yang mendapatkan rawatan dan kakitangan bertugas di Klinik Psikiatri Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Serdang.

Projek ini telah menerima sambutan yang luar biasa dari para pesakit dan kakitangan bertugas. Bunga-bunga dan kad ucapan tersebut telah mengukir senyuman di wajah mereka dan kami berharap dapat memberikan pesan positif bahawa mereka tidak bersendirian dalam perjuangan mereka.

“Terima kasih atas bunga yang indah ini. Mereka memberikan semangat yang besar kepada saya dalam tempoh sukar ini.” – Pesakit.

“Projek ini adalah idea yang hebat & kali pertama dijalankan disini! Saya berasa dihargai atas kerja keras saya selama ini.” – Kakitangan bertugas.

Justeru, kami merancang untuk terus menyokong mereka yang berada dalam kelompok kesihatan mental samada pesakit, petugas dan penjaga di masa akan datang. Dengan sokongan daripada komuniti, kami yakin bahawa kita boleh bersama-sama mencegah bunuh diri dan meningkatkan tahap kesejahteraan kesihatan mental khususnya di Malaysia.

Bersama-sama, kita boleh membawa perubahan positif dalam kehidupan mereka. Sertai kami dalam usaha-usaha seperti ini dan bersama-sama kita boleh menyebarkan lebih banyak semangat dan kebahagiaan kepada yang memerlukan dengan menyumbang di https://mecare.my/infak.

Kami amat berterima kasih kepada pihak pengurusan tertinggi @hsaasupm atas kebenaran yang telah diberikan serta @sukarelawansosialislam atas kerjasama yang telah dihulurkan. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perubahan positif ini! ❤️🌼

#ProjekHarapan2023 #BertindakSegeraHarapanTerbina #HariPencegahanBunuhDiriSedunia2023 #KSKJAKIM #HSAASUPM

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Basket
Scroll to Top