Hai semua! Kami sangat gembira untuk berkongsi tentang Projek Harapan 2023 yang telah memberikan secercah kebahagiaan kepada pesakit yang mendapatkan rawatan serta kakitangan bertugas di Klinik Psikiatri Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.
Projek Harapan 2023 adalah salah satu usaha murni untuk menyokong Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia yang diadakan pada 10 September setiap tahun. Pada 14 September yang lalu, para sukarelawan daripada MeCare dan @sukarelawansosialislam dari Bahagian Keluarga, Sosial & Komuniti @myjakim telah berjaya mengedarkan bunga mawar kuning beserta kad ucapan bertulis kata-kata semangat khas buat semua penerima manfaat.
Berdasarkan pemerhatian sepanjang projek berlangsung, rata-rata penerima mengukirkan senyuman dan ada yang mengungkapkan rasa terharu setelah menerima pemberian para sukarelawan. Alangkah indahnya sekiranya kita dapat membantu bukan sahaja secara material tetapi melalui kata-kata kepada mereka.
Sebagai penutup, kami amat berterima kasih kepada pihak pengurusan tertinggi Hospital Sultan Idris Shah, Serdang atas kebenaran yang telah diberikan serta @sukarelawansosialislam atas kerjasama yang telah dihulurkan dalam menjayakan Projek Harapan 2023. Bersama-sama, kita boleh terus menyinari kehidupan dan membawa keceriaan kepada semua penerima manfaat. Terima kasih atas sokongan anda! ❤️🌼
#ProjekHarapan2023 #BertindakSegeraHarapanTerbina #HariPencegahanBunuhDiriSedunia2023 #KSKJAKIM #HospitalSultanIdrisShah