31 Julai 2023 sebagai penutup bulan Julai tahun ini, tim MeCare bersama dalam program Malay
sia Suicide Awareness Voice of Hope (MySAVE) & Majlis Taklimat kepada Pengamal Media mengenai Perlaporan Selamat dan Bertanggungjawab Berkenaan isu bunuh diri.
Tim MeCare turut dijemput untuk aktiviti pameran dalam program tersebut.
Program ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA di Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan.
Puan Nur Areefah Binti Che Ahmad Tantowi, Pengerusi MeCare menyerahkan sedikit cenderahati kepada YB Tuan Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia.
Program ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Dr. Norhayati Binti Rusli Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Merangkap Penaung Program MySAVE), YBrs. Dr. Nurashikin Binti Ibrahim, Ketua Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) dan YBrs Dr Yusni Yusuff , Pakar Perunding Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja, Pengarah Hosp
ital Bahagia Ulu Kinta merangkap Timbalan Ketua Perkhidmatan Psikiatri KKM.
Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program yang sangat bermanfaat, berinformatif dan interaktif.