KERESAHAN MUSIM PERAYAAN: CABARAN BUAT MEREKA YANG BERJUANG DENGAN KECELARUAN MENTAL

Bagi kebanyakan orang, musim perayaan adalah masa yang dinanti-nantikan. 

Acara seperti makan besar, berkumpul dengan keluarga, pakai baju cantik adalah satu keterujaan. Tapi bagi mereka yang sedang berjuang dengan isu kesihatan mental, perayaan boleh jadi sesuatu yang berat.
 
📌 Tekanan sosial – Kena berjumpa ramai orang, melayan perbualan, sedangkan mental masih letih.
 
📌 Soalan yang mencetuskan tekanan – “Kenapa lama sangat menganggur?”, “Kenapa nampak lain sikit tahun ni?”, “Awak ni pemalu sangatlah.”
 
📌 Keletihan emosi – Nak nampak ceria depan keluarga tapi dalam hati serabut.
 
📌 Rasa ‘terasing’ – Semua orang nampak gembira, tapi kita rasa kosong. Kadang-kadang sukar untuk diterjemahkan apa yang kita lalui.
 
Kalau anda rasa macam ni, anda tak keseorangan. Kesihatan mental adalah perjalanan, dan musim perayaan bukan alasan untuk abaikan diri sendiri.

𝗧𝗜𝗣𝗦 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗟 𝗞𝗘𝗥𝗘𝗦𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗦𝗜𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡
 
✅ Beri diri ruang untuk berehat – Tak salah kalau perlu ‘time-out’ dari keramaian. Duduk di tempat yang tenang sekejap pun dah cukup untuk ‘recharge’.
 
✅ Tak perlu paksa diri jadi orang lain – Kalau tak boleh senyum sepanjang masa, tak mengapa. Hadir dengan seadanya sudah cukup bermakna.
 
✅ Jawab soalan dengan had yang selesa – Kalau tak mahu menjawab, cukup dengan senyum dan alihkan topik. Kita ada hak untuk menjaga batasan diri.
 
✅ Cari ‘safe person’ – Ada seorang ahli keluarga atau kawan yang boleh jadi tempat berlindung bila rasa sesak.
 
✅ Pilih aktiviti yang tidak membebankan – Jika melayan tetamu terlalu penat, fokus pada aktiviti lain yang lebih selesa seperti bantu di dapur atau duduk berbual dengan individu tertentu sahaja.
 
✅ Jangan abaikan rawatan atau rutin ubat – Walaupun sibuk dengan perayaan, kesihatan mental tetap nombor satu.
 
Kita semua ada cara tersendiri untuk ‘survive’ musim perayaan. Yang penting, jaga diri dan ingat bahawa kesihatan mental lebih utama dari kesempurnaan perayaan. Raya tetap ada setiap tahun, tapi diri kita ini tiada gantinya.
 
Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut dan sesorang untuk berkongsi keresahan anda, hubungi Talian HEAL 15555 untuk bercakap dengan kaunselor daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Talian ini beroperasi setiap hari pada jam 8.00 pagi sehingga 12.00 malam.
 
#rayadenganpenuhempati #selfcarediaidilfitri

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Basket
Scroll to Top