Kempen Jalanan Kesihatan Mental Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Sukarelawan yang turut serta dalam kempen jalanan kali ini.

Pada 22 September 2023, sukarelawan CAKNA23 telah menjalankan kempen jalanan bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya untuk menyebarkan kesedaran berkenaan isu berkaitan kesihatan mental kepada orang ramai di tempat tumpuan awam. Kempen ini adalah salah satu usaha untuk memberi pendedahan dan info-info kesihatan mental termasuklah program kemuncak Kempen Kesihatan Mental (CAKNA23) iaitu Chit Chat Kesihatan Mental dan mengajak pengunjung menunjukkan solidariti terhadap Hari Kesihatan Mental Sedunia disamping memperkenalkan MeCare kepada masyarakat. 

Kempen Jalanan kali ini turut dihadiri wakil dari Rakan Media Kempen Cakna23 iaitu Hello Doktor
Beberapa orang kakitangan masjid turut berpeluang mengambil gambar bersama plakad kesedaran kesihatan mental.

 

Sebanyak 75 pek cenderahati tajaan individu prihatin telah diberikan kepada mereka yang pelbagai aktiviti yang diadakan. Selain itu, para sukarelawan berpeluang berinteraksi dengan pengunjung dan mengedarkan risalah tentang kesihatan mental dan program Chit Chat Kesihatan Mental bagi tahun ini.

Sepanjang kempen dijalankan bermula jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang, pelbagai maklumbalas positif telah diberikan oleh para pengunjung antaranya keterujaan mereka terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh pihak MeCare serta persoalan-persoalan berkenaan kesihatan mental yang telah ditanyakan kepada sukarelawan telah membuktikan minat mereka untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan isu kesihatan mental. 

Kempen jalanan ini adalah satu langkah penting dalam usaha MeCare untuk mempromosikan isu kesihatan mental kepada masyarakat. Kami berharap agar usaha ini dapat membantu kami untuk terus berkembang dan memberi manfaat kepada lebih ramai ;agi penerima manfaat di masa depan. 

Pihak MeCare ingin berterima kasih kepada pihak pengurusan Masjid Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin atas kebenaran & kerjasama yang telah diberikan serta para sukarelawan yang telah turun padang untuk menjayakan kempen ini dengan harapan agar dapat menjalankan usaha seperti ini pada masa akan datang.

 

Puan Nur Areefah selaku Pengerusi MeCare menyampaikan cenderahati kepada wakil Masjijd, Ustaz Zikri.

#mentalhealth #kesihatanmental #mentalhealthawareness #noktahkanstigma #cakna23 #mentalhealthmatters #wmhd2023 #wmhd #worldmentalhealthday

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Basket
Scroll to Top