Bersempena dengan Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia pada tanggal 10 September 2023, NCEMH bersama MeCare, AWAS Malaysia dan Yayasan ZuriatCARE membawakan satu forum khas untuk anda semua.
Sertai kami dalam forum dalam talian yang menghimpunkan para panel khas dari pelbagai bidang untuk membincangkan isu-isu penting berkaitan nyahjenayah cubaan bunuh diri.
Tarikh: 26 September 2023 (Selasa)
Platform: Bersiaran secara langsung di FB Live NCEMH, MeCare & AWAS Malaysia
Ahli Panel 1
Puan Alia Ali
Pengasas Awareness Against Suicide (AWAS Malaysia)
Ahli Panel 2
Encik Mahmud Jumaat
Peguambela & Peguamcara
Ahli Panel 3
En Muhammad Syahir Jamaludin
Pegawai Bomba Kanan II
Moderator
En Aiman Amri
Bendahari MeCare
Ucapan Alu-Aluan
Dr. Nurashikin Ibrahim
Ketua
Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH)
Kementerian Kesihatan Malaysia.
Apa yang anda boleh dapat dari sesi forum ini?
Maklumat lanjut mengenai status semasa dan proses berkenaan nyahjenayah cubaan bunuh diri
Mendalami pengalaman individu yang pernah terlibat dalam usaha pencegahan bunuh diri
Meningkatkan ilmu kesedaran tentang isu bunuh diri dan stigma
Peluang untuk berinteraksi melalui sesi soal jawab dengan panelis jemputan
Berpeluang untuk mendapat hadiah misteri cabutan bertuah!
E-sijil disediakan kepada peserta yang mendaftar
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk sertai kami dalam sesi forum nanti!
Layari: