Doa Kesejahteraan Emosi 11
Bulan Ramadan kita dituntut untuk memperbanyak bacaan doa.
Oleh itu, mari sama-sama kita membaca dan mengaminkan Doa Ketika Rasa Iri Hati;
رَبَّنَا ٱغۡفِرۡ لَنَا وَلِإِخۡوَٰنِنَا ٱلَّذِينَ سَبَقُونَا بِٱلۡإِيمَٰنِ وَلَا تَجۡعَلۡ فِي قُلُوبِنَا غِلّٗا لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ رَبَّنَآ إِنَّكَ رَءُوفٞ رَّحِيمٌ
Maksudnya:
Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara mara kami yang telah beriman sebelum kami, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan dengki dan dendam terhadap orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Maha Belas Kasihan lagi Maha Mengasihani.
Ameen ya rabbal alamin.
Terus ikuti kami untuk siri-siri doa kesejahteraan emosi sepanjang Ramadan!
Selain itu, kita juga dituntut untuk membanyakkan infak.
Oleh itu kami membuka peluang untuk infak dalam usaha kesedaran kesihatan mental.
Peluang infak Ramadan >> http://mecare.my/infak