Doa kesejahteraan emosi 2
Bulan Ramadan kita dituntut untuk memperbanyak bacaan doa. Oleh itu, mari sama-sama kita membaca dan mengaminkan Doa Ketika Penat;
اَللّٰهُمَّ عَافِنِيْ فِيْ بَدَنِيْ ، اَللّٰهُمَّ عَافِنِيْ فِيْ سَمْعِيْ ، اَللّٰهُمَّ عَافِنِيْ فِيْ بَصَرِيْ ، لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنْتَ ، اَللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْكُفْرِ وَالْفَقْرِ، وأَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنْتَ
Maksudnya:Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kesejahteraan dalam tubuhku. Ya Allah, kurniakanlah kesejahteraan pada pendengaranku. Ya Allah, kurniakanlah kesejahteraan padaku. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kekufuran dan kefakiran dan aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.
Ameen ya rabbal alamin.
Terus ikuti kami untuk siri-siri doa kesejahteraan emosi sepanjang Ramadan! Selain itu, kita juga dituntut untuk membanyakkan infak. Oleh itu kami membuka peluang untuk infak dalam usaha kesedaran kesihatan mental. Peluang infak Ramadan >> http://mecare.my/infak