Pernah tak anda rasa seperti “terperangkap” dalam fikiran sendiri? Fikiran yang sentiasa sibuk, ragu-ragu dengan setiap tindakan, dan keletihan emosi yang sukar dijelaskan? Itulah realiti yang pernah dilalui oleh Syuhada, seorang wanita biasa tetapi dengan perjuangan luar biasa.
Disahkan dengan OCD, Syuhada tidak membiarkan diagnosis mendefinisikan hidupnya. Sebaliknya, ia menjadi titik mula untuk memahami dirinya, mencari sokongan, dan kini berkongsi harapan bersama komuniti MeCare.
Jom ikuti TikTok Live Di Sebalik Senyum Sesi 3 bersama
💫 Noorsyuhada binti Azlan, Ahli Jawatankuasa MeCare
📅 Tarikh: 26 Jun 2025 (Khamis)
🕣 Masa: 8.30 malam – 9.30 malam
📍 Platform: TikTok Live @mecare.my
💬 Jangan lepaskan peluang untuk mendengar kisah yang jarang diceritakan.
Hayati perjuangan yang berlaku di sebalik senyuman dan jadilah pendengar yang membawa cahaya di dalam kegelapan orang lain.