Aktiviti

Aktiviti yang merlibatkan MeCare

HEBAHAN PROGRAM BULATAN MEKAR (JULAI 2025)

“Kalau kita cakap salah, nanti dia terasa. Tapi kalau kita diam, dia rasa tak disayangi. Kita nak bantu, tapi kadang-kadang tak tahu macam mana.” Pernahkah anda berada dalam situasi seperti ini? Ramai ahli keluarga dan penjaga pernah berada di persimpangan ini; nak menenangkan, tapi takut menyakitkan. Nak memahami, tapi tak tahu apa yang patut dikatakan. […]

HEBAHAN PROGRAM BULATAN MEKAR (JULAI 2025) Read More »

Sorotan Program: Bulatan Mekar Khas untuk Petugas Kesihatan

Program Bulatan Mekar Khas untuk Petugas Kesihatan telah berlangsung dengan jayanya pada hari Jumaat yang lalu. Webinar ini menghimpunkan para petugas kesihatan dalam satu sesi psikopendidikan dan sokongan emosi yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta kefahaman terhadap kepentingan kesihatan mental dalam kalangan barisan hadapan. Sesi ini menampilkan topik utama “Kesihatan Mental: Kenali, Nilai, Bantu”, yang

Sorotan Program: Bulatan Mekar Khas untuk Petugas Kesihatan Read More »

SurCle Julai Edisi Jalinan Mesra

Jom Luangkan Masa Untuk Diri Sendiri Hujung minggu ini, kami menjemput anda semua tidak kira siapa anda atau apa jua latar belakang untuk menyertai program Jalinan Mesra bersama Survivors Circle (SurCle) Julai. Kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan urusan harian hingga terlupa untuk memberi ruang kepada diri sendiri. Program ini merupakan ruang kecil yang kami sediakan.

SurCle Julai Edisi Jalinan Mesra Read More »

PELUANG MENJADI SUKARELAWAN KESIHATAN MENTAL

Ingin mencuba pengalaman baharu sambil menyumbang kepada komuniti? Malaysian Mental Care Association (MeCare) membuka peluang untuk anda menyertai pasukan sukarelawan kami dalam advokasi kesihatan mental! Jangan risau jika anda tiada pengalaman kerana kami akan membimbing anda, asalkan anda bersemangat untuk belajar dan bekerjasama ❤ Di MeCare, kami percaya bahawa kesukarelawanan adalah ruang terbuka untuk semua,

PELUANG MENJADI SUKARELAWAN KESIHATAN MENTAL Read More »

HEBAHAN PERTANDINGAN SEDEKAD BERSAMA DSM!

Sempena ulang tahun ke-10, Depression Survivors Malaysia (DSM) menganjurkan pertandingan eksklusif untuk ahli DSM sahaja dengan hadiah wang tunai terkumpul RM600 untuk dimenangi! 💸 📌 Nak tahu maklumat lanjut dan cara penyertaan?👉 Sertai kumpulan Facebook rasmi DSM sekarang: 🔗 https://www.facebook.com/groups/depressionsurvivorsmalaysia 📲Info berkenaan pertandingan akan dimaklumkan dalam kumpulan ini dari semasa ke semasa. Nantikan!  Jom sertai

HEBAHAN PERTANDINGAN SEDEKAD BERSAMA DSM! Read More »

Laporan Bulatan Mekar Jun 2025

Program Bulatan Mekar: Psikopendidikan & Sokongan Penjaga bagi bulan Jun telah berjaya dianjurkan pada 28/6/2025 lepas secara bersemuka di Pejabat MeCare dengan membawakan topik: 🔸 Modul 5: Rawatan (Ubatan) untuk Penyakit Mental Para peserta telahberpeluang untuk bertemu secara langsung dengan Dr Norfaridah Masiran, Pakar Perubatan Keluarga (Subkepakaran Kesihatan Mental di Kesihatan Primer, KKM). Sesi ini

Laporan Bulatan Mekar Jun 2025 Read More »

Di Sebalik Senyum Sesi 3

Pernah tak anda rasa seperti “terperangkap” dalam fikiran sendiri? Fikiran yang sentiasa sibuk, ragu-ragu dengan setiap tindakan, dan keletihan emosi yang sukar dijelaskan? Itulah realiti yang pernah dilalui oleh Syuhada, seorang wanita biasa tetapi dengan perjuangan luar biasa. Disahkan dengan OCD, Syuhada tidak membiarkan diagnosis mendefinisikan hidupnya. Sebaliknya, ia menjadi titik mula untuk memahami dirinya,

Di Sebalik Senyum Sesi 3 Read More »

Hebahan Bulatan Mekar Khas Julai 2025

🌿 BULATAN MEKAR KHAS UNTUK PETUGAS KESIHATAN 🌿 Ramai pesakit kronik seperti pesakit kanser, pesakit di Jabatan Kecemasan, atau mereka yang kerap datang ke klinik sebenarnya sedang bergelut secara senyap dengan tekanan emosi, keresahan dan kemurungan. Sebagai petugas kesihatan yang cakna, anda tentu berusaha untuk memahami dan memberi bantuan yang bersesuaian walaupun ada kalanya anda

Hebahan Bulatan Mekar Khas Julai 2025 Read More »

Hebahan Bulatan Mekar Jun 2025

Bulatan Mekar Jun: Rawatan (Ubatan) untuk Penyakit Mental Ramai penjaga pejuang kesihatan mental tertanya-tanya bagaimana ubat berfungsi dalam merawat gangguan mental. Adakah ia satu-satunya pilihan? Apakah kesan jangka panjangnya? Jemput sertai Bulatan Mekar Modul 5: Rawatan (Ubatan) untuk Penyakit Mental, sebuah sesi psikopendidikan khas untuk penjaga yang ingin memahami peranan ubat dengan lebih jelas dan

Hebahan Bulatan Mekar Jun 2025 Read More »

Shopping Basket
Scroll to Top