Alamak, Tak Boleh Tidur!

Alamak, Tak Boleh Tidur!
Webinar Siri Kesembuhan Holistik, Sesi ke-10
 
 
Pernahkah anda atau insan tersayang mengalami kesukaran untuk tidur?
 
Masalah tidur bukan hanya membuat anda berasa letih, tetapi juga boleh menjejaskan kualiti hidup anda. Kesukaran tidur boleh mengurangkan produktiviti, mengganggu pembelajaran, serta menjejaskan kesihatan mental dan fizikal.
 
Jangan risau! Malaysian Mental Care Association (MeCare) dengan kerjasama Peers IIUM Kuantan mempersembahkan Webinar Siri Kesembuhan Holistik ke-10 bertajuk “Alamak! Tak boleh tidur.” Ketahui cara-cara mengatasi masalah tidur dari ahli psikologi klinikal, Aiman Amri, dalam sesi yang akan membuka mata anda kepada penyelesaian yang praktikal dan berkesan.
 
Jangan lepaskan peluang ini! Berikut adalah butiran webinar:
 
Tarikh: 11 Jun 2024 (Selasa)
Waktu: 8.30 malam – 10.00 malam
Penceramah: Aiman Amri (Ahli Psikologi Klinikal)
Medium: Penstriman langsung (Live) di
 
Kelebihan untuk peserta:
– Berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah & e-sijil!
– Pelajar IIUM akan menerima starpoints.
 
✍🏼 Sila isi pautan pra-pendaftaran ini untuk memastikan anda mendapat notifikasi dan tidak terlepas sesi kali ini!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Basket
Scroll to Top