Hari Kesihatan Sedunia 20

Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April setiap tahun. Tema peringkat kebangsaan yang diangkat bagi tahun 2024 ialah “Kesihatan Saya, Hak Saya” sejajar dengan tema oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


Setiap daripada kita mempunyai hak untuk mendapatkan kesihatan yang baik, termasuklah berkaitan kesihatan mental. Dan penting untuk setiap individu mengetahui hak diri untuk menikmati perkhidmatan kesihatan, pendidikan, air yang selamat, udara yang bersih, pemakanan yang mencukupi, tempat tinggal yang selamat, udara bersih, pemakanan yang mencukupi, tempat tinggal yang selamat, keadaan kerja dan alam sekitar yang wajar, serta bebas daripada diskriminasi. 


Selari dengan misi MeCare untuk menyampaikan pendidikan kesihatan mental & pencegahan bunuh diri yang sahih dan boleh dipercayai kepada segenap lapisan masyarakat, kami menyeru setiap daripada kita untuk teruskan berkongsi info-info yang bermanfaat, dan bersama memerangi mitos berkaitan kesihatan mental. Ini seterusnya dapat menyumbang dalam usaha menoktahkan stigma kesihatan mental.


Stigma dan diskriminasi akan menyebabkan individu yang memerlukan bantuan untuk kesihatan mental terhenti untuk mendapatkan rawatan atau meneruskan rawatan. Ini dapat menghalang hak setiap individu yang perlu mendapatkan rawatan yang sewajarnya. 


Walaupun mempunyai pelbagai kekangan dalam akses kesihatan mental di Malaysia, namun kita dapat lihat perlbagai inisiatif yang disediakan oleh kerajaan pusat, kerajaan negeri, syarikat, badan bukan kerajaan mahupun pihak persendirian dalam usaha untuk memberikan kesejahteraan mental kepada rakyat. Oleh itu, diharapkan semua usaha ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. 


Bagi yang memerlukan informasi berkaitan kesihatan mental, anda boleh terus mengikuti kami di media sosial dan laman sesawang. Selain itu, anda juga boleh hubungi Talian HEAL 15555 yang beroperasi dari 8.00pagi sehingga 12.00 malam setiap hari untuk mendapatkan bantuan daripada kaunselor daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.


Teruskan menambah pengetahuan berkaitan kesihatan. 


“Kesihatan Saya, Hak Saya”


Selamat Hari Kesihatan Sedunia,

7 April 2024.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Basket
Scroll to Top