HARI PSIKOLOGI IIUM GOMBAK 2023

Pada 13 dan 14 Disember 2023, pihak MeCare berbesar hati untuk bersama membuka reruai pameran sempena Hari Psikologi 2023 @psycday23 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM Gombak, Selangor anjuran #psycstaiium.

 

Program tersebut dihadiri oleh pelajar, pensyarah, serta terdapat beberapa reruai lain yang diisi oleh NGO dan syarikat luar seperti @seektospeak , @tongleclubhouse serta @mindgapmy . 

 

Antara aktiviti yang diadakan di reruai kami ialah perkongsian informasi kesihatan mental & pencegahan bunuh diri, pameran aktiviti-aktiviti MeCare, permainan minda dan aktiviti bergambar bersama plakad sebagai simbolik solidariti kesihatan mental. Kami juga turut mengadakan jualan Riben Hijau serta buku Murung Yang Terlena bagi menyebarkan tentang Kesedaran Kesihatan Mental.

 

………………………..

 

Sertai WhatsApp channel rasmi MeCare untuk mendapatkan info berkenaan kesihatan mental terus ke telefon bimbit anda: https://bit.ly/SaluranWhatsAppMeCare 

 

RABU, 20 DISEMBER 2023

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Basket
Scroll to Top