SURVIVORS CIRCLE (SURCLE) DISEMBER 2023

[Survivors Circle (SurCle) Terakhir Pada Tahun 2023]

Hai semua! 2023 hampir melabuhkan tirainya, berbaki beberapa hari lagi.

Apa khabar semuanya? Mungkin ada yang gelisah dengan baki tahun 2023 yang cuma beberapa hari lagi, atau runsing memikirkan tahun baru akan datang, masih ada banyak hal yang perlu diselesaikan, atau merasakan apa sahaja perasaan yang tidak seronok, atau terlalu gembira untuk meninggalkan 2023 yang banyak memberikan pengalaman yang berbeza berbanding sebelum, sama ada baru mendapatkan diagnosis, atau bertukar ubat, atau apa sahaja perasaan yang ingin dikongsikan kepada seseorang tapi tiada tempat untuk berkongsi sehingga ke hari ini, maka kami bawakan SurCle Disember 2023 agar anda boleh merasakan sedikit lega untuk melepaskan tahun 2023 ini.

Macam mana untuk mendaftar? Boleh pergi ke link http://tinyurl.com/SurCleDis23 atau imbas kod QR pada poster tertera.

Maklumat berkenaan SurCle Disember 2023;
Tarikh: 19 Disember 2023 (Selasa)
Masa: 8.30 malam-10.00 malam
Aplikasi: Google Meet
Kuota: 15 orang sahaja

Ingat, anda tidak keseorangan!
Jumpa nanti 🙂

P/s: Kuota adalah terhad.
Link Google Meet akan diberikan menerusi e-mel selepas mendaftar.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Basket
Scroll to Top