Oktober 2023, Ulang Tahun MeCare ke-6

Secara rasminya, MeCare telah berdaftar pada 20 Oktober 2017, dan ini bermakna pada Oktober 2023, MeCare telah menyambut ulang tahun ke-6.
 
Kami di pihak MeCare sangat menghargai jasa baik Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan atas kesudian untuk memotong kek sebagai simbolik sambutan ulang tahun MeCare ke-6 semasa Acara Kemuncak Kempen Cakna Kesihatan Mental 2023 pada 21 Oktober yang lalu di Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH), Cyberjaya.
 
Walaupun masih setahun jagung, namun MeCare akan terus komited dalam usaha untuk menoktahkan stigma mengenai kesihatan mental, dan seterusnya menyumbang dalam usaha kesejahteraan mental seluruh rakyat Malaysia secara amnya.
Datuk Dr Radzi, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia memotong kek sempena ulang tahun MeCare ke-6
Dikesempatan ini, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama erat dan bantuan daripada pihak-pihak yang banyak menabur bakti sejak awal penubuhan MeCare sejak 6 tahun lepas.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Basket
Scroll to Top