Terima kasih kepada semua yang hadir dalam Program Survivors Circle (SurCle) pada Selasa lepas!

Alhamdulillah, satu lagi sesi penuh makna telah berjaya dianjurkan melalui kerjasama Malaysian Mental Care Association (MeCare) dan Depression Survivors Malaysia (DSM). SurCle bukan sekadar program sokongan, ia adalah ruang selamat di mana setiap suara didengari, setiap pengalaman dihargai, dan setiap individu disokong sepenuhnya, tanpa sebarang penghakiman.

Dalam suasana yang terbuka dan santai, para peserta berkongsi kisah hidup mereka dengan keberanian dan kejujuran. Setiap perkongsian adalah amanah yang dihormati, dan segala yang dibincangkan kekal sulit serta rahsia (P&C).

Sesi seperti ini mengingatkan kita bahawa pemulihan tidak perlu dilalui sendirian. Dengan kehadiran dan sokongan rakan-rakan sebaya, kita membina komuniti yang memahami, menyantuni, dan menyemai harapan.

Tahniah kepada semua yang hadir, kehadiran dan keberanian anda adalah inspirasi.

Jika anda ingin bersama kami dalam sesi akan datang, jangan ragu untuk hubungi pihak MeCare.

“Dalam perkongsian, kita menemui kekuatan.

Dalam kefahaman, kita menemui penyembuhan.”

Anjuran:

Malaysian Mental Care Association – MeCare

Depression Survivors (Malaysia)

Dengan Kerjasama:

Yayasan Hasanah

Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan

Kementerian Kewangan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Basket
Scroll to Top