‘Aku penat. Aku dah tak boleh. Aku nak quit jadi ibu.’
Pernah hati berbisik sebegitu?
Dan lepas tu, terus rasa bersalah.
Terus menangis dalam diam.
Terus rasa, “Aku ibu yang tak berguna.”
Tapi hakikatnya…
ramai ibu pernah rasa begitu.
Dan itu bukan bermaksud seorang ibu itu gagal.
Itu cuma tanda dia terlalu lama menahan.
Menahan letih yang tak bertepi.
Menahan emosi yang tiada siapa tanya.
Menahan tekanan yang datang dari semua arah sama ada anak, suami, kerja, keluarga, masyarakat.
Tiada cuti. Tiada “off day”.
Bangun pagi dengan tangisan, tidur malam dengan beban.
Dan setiap kali nak mengadu, suara hati sendiri kata:
“Aku kena kuat. Sebab aku ibu.”
Tapi kuat tak bermakna tak penat.
Sayang tak bermakna tak pernah rasa nak lari.
Dan cinta tak bermakna tak pernah rasa kecewa.
Ibu yang menangis dan hampir ‘give up’ itu, masih seorang ibu yang baik.
Kerana yang pedih itu bukti dia ambil berat.
Yang lelah itu tanda dia terlalu banyak memberi.
Dan rasa nak “quit” itu…
hanya jeritan hati yang perlukan ruang untuk disembuhkan.
Kalau hari ini ibu rasa hampir menyerah,
ketahuilah sesungguhnya ibu tidak keseorangan.
Dan rasa itu tidak menjadikan ibu kurang dari yang lain.
Selamat Hari Ibu.
Sentuhan KASIH Ibu.
