Retreat MeCare 2025: Memperkasa Visi Bersama

Retreat MeCare 2025: Memperkasa Visi Bersama

Retreat MeCare 2025 telah berlangsung dengan lancar pada 30 Mei hingga 1 Jun 2025 bertempat di Anjung Rahmat, Bangi. Program selama tiga hari ini telah menghimpunkan seramai lapan orang ahli jawatankuasa MeCare bersama beberapa orang peer supporter yang aktif, dengan tujuan utama untuk mengukuhkan kesepaduan pasukan dan menambah baik perancangan tahunan.

Sepanjang retreat ini, para peserta telah mengikuti pelbagai sesi perbincangan dalam suasana santai tetapi fokus. Ia menjadi ruang yang bermakna untuk memperkukuh kefahaman bersama terhadap visi dan misi MeCare, di samping menyusun langkah strategik untuk memperkemas pelaksanaan program di bawah tiga skop utama iaitu psikososial, psikopendidikan dan jaringan komuniti.

Penyertaan aktif para peer supporter menjadi nadi utama Retreat MeCare 2025 dengan perbincangan yang tertumpu kepada pengukuhan peranan mereka sebagai barisan hadapan dalam ekosistem sokongan kesihatan mental. Sepanjang program ini, mereka bukan sahaja berkongsi pengalaman dan pandangan yang berharga, malah turut memacu hala tuju strategik MeCare secara kolektif. Di samping itu, sesi perbincangan bersama ahli jawatankuasa MeCare dijalankan secara serentak sebagai usaha menyelaras peranan sokongan dan pentadbiran. Retreat ini sekali gus menjadi platform pemerkasaan, pengiktirafan, dan penyatuan yang lebih utuh dalam komuniti MeCare.

Semoga segala usaha dan semangat yang telah digerakkan sepanjang retreat ini dapat diteruskan dan diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan yang berkesan untuk manfaat bersama.

Anjuran:

Malaysian Mental Care Association – MeCare

Depression Survivors (Malaysia)

Kerjasama:

Yayasan Hasanah

Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan

Kementerian Kewangan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Basket
Scroll to Top