PUISI LUAHAN HATI, TERAPI DIRI: “CINTA TIGA SEGI”

i.

Pertama kali kukenal Mati,

dia tidak kacak mana;

namun indahnya dia—lekas kuutus surat;

Dia balas tapi sepatah dua,

kulompat gembira—

selama ini, suratsuratku dicarikgilishumban

oleh Hidup.

Berganti surat harihari,

balasan Mati ringkas;

aku candu—Aku mahu jumpa kau boleh?

rayuku.

Dia tidak balas;

Ditikam khianat—kumerangkak bawa suratsurat Mati.

ii.

Kungengsot di hadapan rumah Mati,

Cuba panjat pagar rumah—baju iman terkoyak.

Mati berang,

“Aku mahu kau cantik ketika janjitemu! Sudah pergi!”

Pintu tingkap ditutup kasar

—seperti tamparan, kuketawa besar,

baru sedar suratsurat jadi abu.

iii.

Kupanggil namanya, tidak toleh; kupegang bahunya, tidak berpaling.

“Manusia, tidak sudikah kaulihat wajah ini?”

rayuku.

Kuusap kecewa di pipinya,

Kubersihkan luka dukanya,

Kugendong jasad pasrah;

“Kau kejam, Hidup.”

Hatiku berontak,

Ingin saja kupersembahkan kolaj hikmah;

hasil perca suratsurat Manusia—

namun belum masanya.

Sudahlah—

usah kautenung tingkap itu lagi;

Pandanglah aku di sini.

 

-Ran Helmee

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Basket
Scroll to Top