Pada 18 Mei 2025 (Ahad), Malaysian Mental Care Association (MeCare) telah menganjurkan program Bulatan Mekar Mei 2025 secara dalam talian, khusus untuk penjaga pesakit mental. Modul ke-4 “Rawatan Bukan Ubatan untuk Penyakit Mental” disampaikan oleh Dr. Norfaridah Masiran, Pakar Perubatan Keluarga dengan subkepakaran dalam Kesihatan Mental di Kesihatan Primer. Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para peserta, dengan penglibatan aktif menerusi sesi soal jawab sepanjang program berlangsung.
Fokus utama program adalah untuk memperkenalkan pelbagai kaedah rawatan bukan ubatan yang boleh menyokong penjagaan pesakit mental secara holistik. Antara pendekatan yang dibincangkan termasuk psikoterapi, teknik relaksasi, meditasi, terapi seni, sokongan komuniti dan amalan spiritual positif, yang bukan sahaja membantu pesakit, tetapi juga memberi panduan berguna kepada penjaga dalam menangani tekanan serta keperluan emosi mereka.
Para peserta menyambut baik penganjuran program ini dan mengharapkan agar ianya diteruskan secara berkala, disertakan dengan latihan yang lebih interaktif serta diperluaskan perkongsiannya kepada masyarakat umum.
MeCare merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah hadir, menyokong, dan menjayakan program ini. Untuk mengikuti perkembangan dan menyertai program-program akan datang, jemput ikuti kami di Facebook: https://www.facebook.com/mecare.my
Anjuran:
Malaysian Mental Care Association – MeCare
Depression Survivors Malaysia
Dengan Kerjasama:
Yayasan Hasanah
Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan
Kementerian Kewangan






