Menerima Sumbangan dari Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI)

Pada 6 Oktober 2023, pihak MeCare telah dijemput oleh pihak Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) @tijari.jais Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) @jaisel_official untuk menerima sumbangan kewangan bagi Projek Harapan yang telah berlansung di Klinik Psikiatri Hospital Sultan Idris Shah & Klinik Psikiatri Hospital Sultan Abdul Aziz Shah pada 14 September 2023 sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2023.

 

Selaras dengan salah satu manfaat dana TIJARI iaitu Pemerkasaaan Agenda Kebajikan dan Keprihatinan Sosial, sumbangan ini tidak hanya telah memberi manfaat dalam memartabatkan isu kesihatan mental tetapi juga telah menjadi contoh yang baik untuk menggalakkan orang ramai khususnya umat Islam untuk turut serta dalam berinfak.

 

Sekiranya anda ingin memberikan sumbangan kepada Sekretariat TIJARI atau ingin tahu lebih lanjut mengenai mereka, sila lawati laman instagram rasmi mereka di @tijari.jais. 

 

Anda juga boleh menghubungi mereka secara langsung di talian 03-55143444 atau [email protected] untuk mengetahui cara anda boleh membantu. Sumbangan kita, sebesar atau sekecil mana pun, boleh memberikan perubahan besar dalam kehidupan mereka yang memerlukan.

 

Justeru, pihak MeCare ingin menzahirkan penghargaan dan sokongan kepada pihak TIJARI &  ingin mengajak semua untuk memberikan sokongan kepada TIJARI. 

 

Ayuh hulurkan sumbangan anda agar bersama-sama kita boleh mencapai lebih banyak kejayaan dalam mewujudkan perubahan positif dalam masyarakat khususnya bagi isu kesihatan mental. Terima kasih TIJARI atas segala usaha anda dalam membantu mereka yang memerlukan!

 

Setiausaha MeCare, Cik Siti Nurdhaliah mewakili MeCare untuk menerima sumbangan yang diberikan oleh pihak TIJARI JAIS

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Basket
Scroll to Top