Laporan Bulatan Mekar Jun 2025

Program Bulatan Mekar: Psikopendidikan & Sokongan Penjaga bagi bulan Jun telah berjaya dianjurkan pada 28/6/2025 lepas secara bersemuka di Pejabat MeCare dengan membawakan topik:

🔸 Modul 5: Rawatan (Ubatan) untuk Penyakit Mental

Para peserta telahberpeluang untuk bertemu secara langsung dengan Dr Norfaridah Masiran, Pakar Perubatan Keluarga (Subkepakaran Kesihatan Mental di Kesihatan Primer, KKM). Sesi ini dijalankan dalam suasana santai dan tertutup dalam kumpulan kecil bagi membolehkan setiap peserta bertanya soalan yang terbuku di hati serta mendapatkan maklum balas dan penjelasan terus daripada pakar.

✨ Maklum balas yang diterima selepas program ini berlangsung juga amat positif, dengan rata-rata peserta menyuarakan harapan agar program seperti ini diteruskan secara berkala. Peserta menghargai ruang selamat yang disediakan untuk mereka berkongsi, belajar dan memahami peranan sebagai penjaga kepada individu yang menghadapi cabaran kesihatan mental.

📌 Program seterusnya akan diadakan pada 4 Julai 2025 (Jumaat) secara dalam talian, khas untuk petugas kesihatan.

Dengan membawakan topik “Kesihatan Mental: Kenali, Nilai, Bantu”, sesi ini memberi penekanan kepada peranan petugas kesihatan dalam mengenal pasti dan menyokong individu yang berdepan isu kesihatan mental. Sesi akan berlangsung melalui Google Meet dan peserta yang berdaftar akan menerima e-sijil serta rakaman program. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari https://mecare.my/mekarkhas/

Anjuran:

Malaysian Mental Care Association – MeCare

Depression Survivors Malaysia

Disokong oleh:

Yayasan Hasanah

Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan

Kementerian Kewangan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Basket
Scroll to Top