Menanti detik kelahiran mungkin satu momen yang sangat dinanti, tapi ia juga hadir bersama pelbagai rasa ; risau, cemas, takut, letih… kadangkala semuanya serentak.
Ada ibu yang kerap tertanya-tanya keadaan bayi dalam kandungan.
Ada yang bangun malam berkali-kali hanya untuk pastikan bayi bernafas.
Ada juga yang rasa bersalah bila tak dapat uruskan rumah atau anak dengan sempurna.
Atau rasa kosong… tanpa sebab yang jelas.
Adakah ini semua normal?
Sempena Hari Ibu & Hari Kesihatan 2025, kami bawakan sesi khas penuh empati & ilmu. Jom kita kupas isu ini dengan lebih lanjut dalam:
Webinar Perinatal Anxiety:
Keresahan Semasa Mengandung & Selepas Bersalin
Tarikh: 13 Mei 2025 (Selasa)
Masa: 8.30 malam – 9.45 malam
Platform: Zoom
Apa yang anda bakal pelajari:
– Apa itu perinatal anxiety dan kenapa ramai tak sedar mereka mengalaminya
– Tanda-tanda keresahan yang sering dipandang ringan
– Teknik praktikal untuk bantu diri bertenang sepanjang kehamilan dan selepas bersalin
– Peranan suami & orang terdekat dalam menyokong si ibu