Hebahan Survivors Circle (SurCle) Januari 2024

Survivor Circle (SurCle) untuk ahli Depression Survivors Malaysia kembali bersemuka Januari ini!* 🥳

Permulaan tahun baru ini, pasti mempunyai seribu satu kisah dan cerita.


Tidak kira sama ada suka atau duka, ia tetap menjadi satu perjalanan yang akan menjadi satu kenangan.

Mari kongsikan pengalaman anda bersama kami melalui SurCle ini!

Sesi ini dijalankan untuk menyediakan ruang selamat perkongsian mengenai perjalanan, perjuangan, cabaran dan cara untuk berhadapan dengan isu yang setiap daripada kita harungi, disamping untuk mendengar perkongsian daripada rakan-rakan dan penjaga yang bergelut dengan krisis kesihatan mental.

Apa tunggu lagi, ayuh luangkan masa hujung minggu dengan kawan-kawan yang lain!

Penyertaan terbuka kepada semua namun terhad kepada 10 orang terawal sahaja! 😱😱😱

📆 Tarikh: 20 Januari 2024 (Sabtu)
⏰ Masa: 10.00 pagi – 12.30 tengah hari
📍 Tempat: Aras 6, Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH), Cyberjaya

Jom, laju-laju daftar di pautan ini:
👉🏼 https://bit.ly/47q3zW2
👉🏼 https://bit.ly/47q3zW2
👉🏼 https://bit.ly/47q3zW2

Tempat terhad!
Makanan tengahari disediakan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Basket
Scroll to Top