Hebahan Bulatan Mekar April 2025

“𝙎𝙖𝙮𝙖 𝙥𝙚𝙣𝙖𝙩 𝙨𝙖𝙣𝙜𝙖𝙩. 𝙏𝙖𝙥𝙞 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙩𝙖𝙠 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙗𝙚𝙧𝙝𝙚𝙣𝙩𝙞. 𝙎𝙚𝙗𝙖𝙗 𝙙𝙞𝙖 𝙥𝙚𝙧𝙡𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙖𝙮𝙖.”

Anak anda mengalami kecelaruan emosi, atau…
Adik anda hidup dengan skizofrenia, atau…
Pasangan anda bergelut dengan kemurungan, atau..
Lain-lain kecelaruan mental?

Dan anda pula,
Penjaga, pemberi semangat, tukang urus ubat, tukang pujuk bila mereka senyap berhari-hari, yang selalu cuba faham… walaupun anda sendiri kadang-kadang keliru dan letih.

Kadang-kadang… anda rasa,
“Macam mana nak bantu dia, kalau saya sendiri pun tak tahu nak bantu diri saya? Saya pun tak faham sangat apa yang dia alami sebenarnya” 😭😢

Namun, anda tak keseorangan.

Jemput hadir ke sesi Bulatan Mekar ; ruang dua jam yang padat dengan ilmu, tip praktikal dan sokongan penjaga sesama penjaga.

📅 27 April 2025 (Ahad)
🕘 9.30 pagi – 11.30 pagi
📍 MeCare, IOI Conezion, Putrajaya

📝 Daftar segera! https://mecare.my/mekar.

Penyertaan adalah terhad!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Basket
Scroll to Top