Hari Psikologi FELCRA Berhad 2023

Pada 23 November yang lalu, pihak MeCare telah menerima jemputan untuk bersama dalam program @felcraberhad_official sempena Hari Psikologi FELCRA Berhad 2023, bertempat di Auditorium Wisma FELCRA Berhad, Kuala Lumpur. 

MeCare diberikan peluang untuk membuka reruai bersama dengan beberapa rakan NGO kesihatan mental yang lain iaitu @zuriatcare@awas.malaysia@pkpm.official@hellodoktor_official@lppkn@mypapacare_sel@doctoranywhere.my dan juga @taliankasih15999

Program tersebut dirasmikan oleh Encik Zulkhairi bin Abdul Rahim, Pengurus Besar Kumpulan Khidmat Pengurusan. Terdapat tiga slot ceramah yang telah dilaksanakan pada hari kejadian, iaitu slot pertama yang dibicarakan oleh Pengerusi MeCare, Puan @nurareefah bertajuk  Stigma Masyarakat Terhadap Pesakit Mental, diikuti dengan slot kedua, Ceramah Narsisistik di Tempat Kerja – Perspektif Psikologi Organisasi oleh @dralizialias, dan slot ketiga, Depresi Bukan Gila yang dibicarakan oleh Puan @naziasuhaimi.

Terima kasih dan tahniah untuk semua yang terlibat!

#noktahkanstigma

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Basket
Scroll to Top