Dalam senyum seorang ibu, ada hari-hari yang sangat menyesakkan.

“Aku fikir, bila jadi mak nanti… mesti bahagia.”
Sebab itu yang selalu kita dengar, kan?

“Seronoknya ada baby!”
“Tak sabar nak jadi ibu.”
“Instinct mak ni kuat, nanti automatik pandai jaga anak.”

Tapi… tak semua orang beritahu yang dalam senyum seorang ibu, ada hari-hari yang sangat menyesakkan.

Ada malam-malam yang penuh tangis tanpa sebab.
Ada ketakutan yang tak boleh diluah, bukan sebab tak sayang anak, tapi sebab terlalu banyak perkara yang berubah dalam sekelip mata.
Dan perubahan tu… boleh menjemput satu rasa yang dinamakan perinatal anxiety.

Bukan risau biasa, tapi rasa takut yang mencengkam; tentang keselamatan bayi, tentang diri sendiri, tentang masa depan.

Kadang-kadang, ia datang dalam bentuk panik.
Kadang-kadang, ia buat ibu rasa macam… nak lari.
Kadang-kadang, ia buat seorang ibu rasa macam dia dah hilang siapa dirinya.

Dan perkara paling sedih?
Ramai tak tahu tentang ini.
Ramai simpan sendiri.
Sebab mereka fikir… “ini cuma aku yang lemah.”

Sebab tu, penting untuk kita belajar sebelum rasa.
Sebelum sampai ke fasa itu, kenali apa yang mungkin akan kita hadapi.
Bukan untuk menakutkan…
Tapi supaya kita tak lagi rasa bersalah bila kita tak ‘gembira’ sepanjang masa.
Dan supaya kita tahu, ada nama bagi rasa itu. Dan ada jalan untuk pulih.

Tak kira awak dah kahwin atau belum,
Tak kira awak lelaki atau wanita,
Pernah mengandung atau belum,
Ilmu ini untuk semua. Untuk masa depan. Untuk faham orang sekeliling.

Jom hadirkan diri dalam webinar Perinatal Anxiety, satu ruang selamat untuk faham, tanya, dan pelajari bagaimana untuk bantu diri sendiri dan orang tersayang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Basket
Scroll to Top