Bila Kerisauan Mengiringi Kehamilan

Aisyah sudah tiga tahun berkahwin. Tidak putus-putus dia berdoa agar Allah menumbuhkan zuriat dalam rahimnya. Aisyah membayangkan betapa gembiranya jika suatu hari dia mengandung. Betapa indahnya hari-hari jika ada anak yang mengisi hidup Aisyah dan suami tercinta.

Alhamdulillah, doa itu akhirnya Allah makbulkan.

Ironinya, selepas beberapa bulan mengandung, Aisyah mula berasa risau. Mulanya dianggap biasa, tetapi kerisauan itu semakin bertambah seiring dengan perkembangan janin dalam rahim. Apabila Aisyah mula terasa janin bergerak-gerak, pelbagai fikiran bertubi-tubi datang:

‘Bagaimana jika anak itu cacat?’

‘Bagaimana jika anak itu disleksia atau sindrom down?’

Bukan itu sahaja, Aisyah terfikir pula:

‘Jika aku mati, siapa yang akan menjadi ibu kepada anak ini?’

‘Bolehkah aku menjadi ibu yang baik?’

Fikiran-fikiran bukan-bukan itu sering bergema dalam mindanya, berulang-ulang. Aisyah mula hilang semangat dan rasa gembira untuk menyambut cahaya mata pertama semakin memudar digantikan dengan kebimbangan yang tidak keruan.

“Tolonglah aku!”



Mungkinkah Aisyah mengalam situasi yang dipanggil perinatal anxiety?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Basket
Scroll to Top