Hebahan Bulatan Mekar Khas Julai 2025

🌿 BULATAN MEKAR KHAS UNTUK PETUGAS KESIHATAN 🌿

Ramai pesakit kronik seperti pesakit kanser, pesakit di Jabatan Kecemasan, atau mereka yang kerap datang ke klinik sebenarnya sedang bergelut secara senyap dengan tekanan emosi, keresahan dan kemurungan.

Sebagai petugas kesihatan yang cakna, anda tentu berusaha untuk memahami dan memberi bantuan yang bersesuaian walaupun ada kalanya anda berasa serba salah kerana tidak tahu apa yang patut dilakukan, bagaimana hendak membantu apabila berdepan dengan pesakit yang menunjukkan tanda-tanda tekanan emosi atau gangguan mental.

Melalui sesi ini, anda akan dibimbing dengan kemahiran-kemahiran yang boleh menyokong kesejahteraan diri dan rakan setugas, serta mempelajari cara memberi sokongan dengan pendekatan yang lebih tenang, berempati dan sesuai mengikut situasi.

Kesihatan Mental: Kenali, Nilai, Bantu
🗓 Tarikh: Jumaat, 4 Julai 2025
⏰ Masa: 2.30 hingga 3.30 petang
📍 Platform: Google Meet

🎓 Peserta akan menerima e-sijil penyertaan (Untuk penebusan mata CPD)
📹 Rakaman untuk ulang kaji

📲 Jangan lepaskan peluang ini dan daftar segera di: https://mecare.my/mekarkhas

Anjuran:

Malaysian Mental Care Association – MeCare

Depression Survivors (Malaysia)

Disokong oleh:

Yayasan Hasanah

Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan

Kementerian Kewangan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Basket
Scroll to Top