Hebahan Bulatan Mekar Jun 2025

Bulatan Mekar Jun: Rawatan (Ubatan) untuk Penyakit Mental

Ramai penjaga pejuang kesihatan mental tertanya-tanya bagaimana ubat berfungsi dalam merawat gangguan mental. Adakah ia satu-satunya pilihan? Apakah kesan jangka panjangnya?

Jemput sertai Bulatan Mekar Modul 5: Rawatan (Ubatan) untuk Penyakit Mental, sebuah sesi psikopendidikan khas untuk penjaga yang ingin memahami peranan ubat dengan lebih jelas dan realistik dalam proses pemulihan insan tersayang.

📅 Tarikh: 28 Jun 2025 (Sabtu)
🕤 Masa: 9.30 pagi hingga 11.30 pagi
📍 Tempat: MeCare, IOI Conezion Putrajaya

Program ini diadakan dalam suasana tertutup dan selamat. Bulatan Mekar hanya terbuka kepada golongan penjaga sahaja kerana kami ingin memberikan ruang untuk mereka berkongsi pengalaman, bertanya soalan dan memperoleh panduan yang sahih secara bebas dan tanpa penghakiman.

Tempat adalah terhad. Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu dan memahami topik ini demi kesejahteraan anda dan insan yang anda jaga.

Daftar segera di https://forms.gle/i4dXdXUyVZwBG8TAA

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Basket
Scroll to Top