TAHNIAH KEPADA GRADUAN 2023

Tahniah!

Disebalik setiap kejayaan, pasti terselit cabaran dan kepahitan yang telah dilalui, baik sendirian mahupun berteman.

Walaupun mungkin kita bergraduasi bersama teman seperjuangan, namun tidak dapat dinafikan, setiap dari kita pasti mempunyai cerita yang berbeza dan pengalaman yang unik bagi setiap individu.

Bagi yang masih belum bergraduasi atau tidak berpeluang untuk bergraduasi, tidak mengapa. Teruskan perjuangan anda. Peluang masih sentiasa ada. Mungkin itu yang terbaik buat kita pada saat ini. Dan suatu saat nanti,kejayaan juga akan menjadi milik anda.

Kejayaan itu bukan hanya sekadar pada skrol dan jubah, bahkan kejayaan sebenar adalah pada minda kita. Pada mental kita. Berjaya untuk meneruskan kehidupan pada hari ini juga adalah suatu kejayaan yang boleh kita syukuri 🫶🏻

Kami dari MeCare mengucapkan tahniah kepada semua yang bergraduasi buat setiap kejayaan yang anda kecapi pada saat ini. Tidak dilupakan juga kepada tenaga pengajar, ahli keluarga, kakitangan institusi pengajian dan semua yang memberi sokongan dan dorongan  ❤

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Basket
Scroll to Top