BERMINAT UNTUK MENJADI SUKARELAWAN KEMPEN CAKNA24?

Kempen Cakna Kesihatan Mental (CAKNA) merupakan kempen yang dianjurkan oleh MeCare bersama beberapa rakan kerjasama setiap tahun sejak tahun 2018 untuk menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada bulan Oktober setiap tahun.

Antara aktiviti yang pernah dilakukan adalah advokasi kesihatan mental secara dalam talian, webinar, kempen jalanan dan aktiviti kemuncak iaitu Chit Chat Kesihatan Mental.

Untuk tahun 2024, kempen ini akan berlangsung dari bulan Ogos hingga Oktober 2024, jadi komitmen sukarelawan penggerak diperlukan dari Ogos 2024 hingga November 2024. Kempen akan dijalankan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang.

Maklumat lanjut mengenai Kempen Cakna Kesihatan Mental, boleh layari www.mecare.my/cakna24

SKOP TUGASAN

Jika anda terpilih sebagai sukarelawan untuk Kempen Cakna 2024, anda akan diberikan tugas khusus seperti di bawah. Anda boleh memilih jawatankuasa yang anda kehendaki, namun tugasan yang anda akan terima mungkin berbeza dengan pemilihan anda bergantung kepada kekosongan dan juga pengalaman/kepakaran.

Selain itu, setiap sukarelawan yang terpilih turut mempunyai tugasan umum sebagai anggota pasukan sukarelawan penggerak Cakna24.

  1. Menyusun atur dan menyelaras program Chit Chat Kesihatan Mental (CCKM).
  2. Menguruskan pendaftaran peserta CKKM.
  3. Menyediakan teks pengacara majlis dan moderator.
  4. Berurusan dan mengendalikan penceramah CCKM.
  5. Menyediakan borang maklum balas serta membuat laporan analisis.
  1. Menyelaras persediaan logistik bagi Kempen Jalanan (KJ).
  2. Memastikan pelaksanaan KJ lancar.
  3. Membantu urusan logistik bagi program Chit Chat Kesihatan Mental (CCKM).
  4. Memastikan kelengkapan teknikal berfungsi dengan baik sepanjang CCKM.
  5. Mengetuai raptai dan persediaan sebelum CKKM.
  1. Merancang prospek tajaan bagi kempen CAKNA24.
  2. Menyediakan pakej tajaan yang bersesuaian.
  3. Menguruskan surat menyurat permohonan tajaan.
  4. Bekerjasama dengan bendahari untuk mengemaskini kewangan semasa.
  5. Berurusan dengan pihak penaja sepanjang program.
  1. Menguruskan bahan pameran Kempen Jalanan (KJ).
  2. Menyelaras urusan berkaitan t-shirt kempen CAKNA24.
  3. Menyediakan kandungan buku program Chit Chat Kesihatan Mental (CCKM).
  4. Menguruskan sijil dan cenderahati CCKM.
  5. Menyediakan kandungan profil kempen CAKNA24.
  6. Membantu persediaan lain-lain sepanjang kempen CAKNA24.
  1. Menyediakan reka bentuk berdasarkan tema dan konsep utama kempen.
  2. Mereka bentuk poster, sijil, bunting, profil kempen, buku program.
  3. Menyediakan bahan cetak mengikut keperluan.
  4. Menyediakan montaj pembukaan Chit Chat Kesihatan Mental  (CCKM).
  5. Melakukan promosi berterusan di media sosial dan laman rasmi.
  6. Berhubung dengan media massa untuk tujuan promosi.

Syarat

  1. Berusia 18 tahun ke atas.
  2. Boleh memberi komitmen dari bulan Ogos 2024 hingga November 2024.
  3. Mampu bekerja secara berpasukan.
  4. Mempunyai sikap ingin belajar yang tinggi.
  5. Individu yang berjuang dengan penyakti mental juga dialu-alukan untuk menyertai.

Manfaat

Garis Masa Rekruitmen

Rekruitmen Sukarelawan Penggerak CAKNA24 (#28)

Shopping Basket
Scroll to Top