Survivor Circle (SurCle)

 

SurCle merupakan ruang perkongsian selamat tanpa judgemental bagi individu yang berjuang dengan krisis kesihatan mental dan/atau penjaga.

Tarikh: 29 Jun 2024 (Sabtu)

Masa: 9.00 am – 11.00 am

Yuran komitmen: RM10.00 sahaja.

Tempat: Secara dalam talian menerusi aplikasi Google Meet (Pautan Google Meet akan diberikan menerusi e-mel kepada peserta yang mendaftar)

 
Sebarang maklumat lanjut e-melkan ke [email protected]
 
Anjuran:
Depression Survivors Malaysia
Malaysian Mental Care Association (MeCare)

1. Terhad kepada 15 orang sahaja. First come first serve.

 

2. Sila pastikan anda boleh sertai apabila berdaftar supaya tidak menutup peluang orang lain kerana kuota terhad.

 

3. Sila ambil maklum segala yang dibincangkan semasa sesi perkongsian adalah rahsia dan tidak boleh dibawa keluar.

 

4. SurCle merupakan satu inisiatif bantuan psikosisal kepada ahli yang bukan berbentuk rawatan profesional, kaunseling ataupun terapi.

 

5. Sesi ini akan direkod untuk tujuan pendokumentasian. Sila maklumkan kepada moderator sekiranya anda tidak mahu gambar anda dikongsikan kepada umum.

 

6. Yuran komitmen sebanyak RM10.00 dikenakan untuk memastikan peserta yang telah mendaftar memberi komitmen untuk hadir, dan yuran tidak akan dipulangkan.


7. Anda dibenarkan untuk menggunakan akaun tanpa nama (anonymous) sepanjang sesi berlangsung, tetapi perlu mendaftar menggunakan nama yang betul untuk tujuan keselamatan. Hanya pihak pentadbir akan tahu identiti sebenar anda.

Borang Pendaftaran

Pendaftaran SurCle - Dalam Talian

Harga: RM10.00
Caj FPX: RM1.00
Apply Coupon
No payment items has been selected yet
Shopping Basket
Scroll to Top