"Cakna Kesihatan Mental, Harapan Kembali Terbina"

Kearah mewujudkan masyarakat yang cakna kesihatan mental dan pencegahan bunuh diri, MeCare komited dalam memberikan khidmat psikososial, psikopendidikan dan jaringan.

Cakna 2022
339529875_583208867080991_4821854807635107791_n
Cakna 2020

Tentang Kami

Persatuan Cakna Mental Malaysia (Malaysian Mental Care Association) atau lebih dikenali sebagai MeCare merupakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada Oktober 2017 bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia yang turut disambut pada bulan Oktober.

Surcle safe space MeCare

PSIKOSOSIAL

Bantuan yang holistik meliputi aspek biologi, psikologi, sosial dan spiritual kepada individu yang berada dalam krisis. Antara bantuan yang diberikan adalah kumpulan sokongan psikososial dan juga bantuan awal psikologi (Psychological First Aid).

TV3 Kesihatnaa Mental Dalam Kalangan Masyarakat


JARINGAN

Penglibatan dan kerjasama dengan pihak-pihak berkaitan bagi tujuan penjenamaan, publisiti, perkongsian sumber, dana dan jualan cenderahati. Setiap tahun, MeCare berkolaborasi bersama beberapa badan dan institusi lain dalam usaha meluaskan capaian ke arah menyalurkan informasi yang sahih dan dipercayai mengenai kesihatan mental.

Anti Stigma 2019

PSIKOPENDIDIKAN

Ke arah usaha untuk mewujudkan masyarakat yang empati dan sifar stigma mengenai kesihatan mental, pelbagai aktiviti advokasi dan pendidikan kesihatan mental dijalankan. Antara inisiatif yang dianjurkan adalah kempen tahunan, pameran, jemputan ceramah dan promosi kesihatan mental secara dalam talian.

Pengasas & Pengerusi MeCare

Puan Nur Areefah merupakan graduan Sarjana Psikologi Pendidikan UIAM dan Graduan Sarjanamuda Sains Kemanusiaan (Psikologi) dengan minor Ilmu Wahyu. Beliau kini aktif dalam usaha advokasi kesihatan mental dan pencegahan bunuh diri.

Sakit mental boleh dirawat, bunuh diri boleh dicegah. Oleh itu, sama-sama kita CAKNA mengenai kondisi kesihatan mental diri dan orang tersayang. 
Puan Nur Areefah

Apa kata Orang Awam Tentang Mecare

MeCare banyak membantu saya tentang kesedaran kesihatan mental dari segi sokongan kumpulan melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan webinar yang mereka anjurkan. Tak rugi sertai mereka.
Asyraaf Azahari
Pejuang Bipolar 2 Disorder
Aktiviti & Servis: Kempen Hari Kesihatan Mental Sedunia Kempen Jalanan Jemputan ceramah Pameran Pertandingan Kumpulan Bantuan Psikososial Bantuan Awal Psikologi (PFA) Kesukarelawanan Webinar Solidariti

Aktiviti & Servis: Kempen Hari Kesihatan Mental Sedunia Kempen Jalanan Jemputan ceramah Pameran Pertandingan Kumpulan Bantuan Psikososial Bantuan Awal Psikologi (PFA) Kesukarelawanan Webinar Solidariti

IMG20220924135922

Hebahan / Aktiviti Terkini

Kerana dia juga manusia

Di tengah jalan yang sesak, seorang insan terjatuh, bukan kerana dia mahu, tetapi kerana dunia sudah terlalu berat untuk dipikul. Dia tidak meminta banyak, hanya segelas ...
Read More →

Jiwa yang dirawat

Bunga yang layu tidak hilang indahnya, ia hanya menanti siraman harapan. Begitu juga jiwa. Meski lelah, ia mampu mekar semula dengan sentuhan perhatian dan kasih. ...
Read More →

“𝐁𝐞𝐫𝐮𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐚𝐥𝐢 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐢𝐡 𝐈𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐠𝐢, 𝐓𝐚𝐩𝐢 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐊𝐚𝐤𝐢…”

Setiap hari bangun dengan rasa berat hati, minda penat hanya memikirkan bebanan di tempat kerja. Tapi di sebalik rasa nak menyerah itu, ada tanggungjawab yang ...
Read More →

Jom beli sambil menyumbang

Rakan Strategik

            

Jemputan Aktiviti Atau Kolaborasi

Jemputan Program

Shopping Basket
Scroll to Top