PENGENALAN

Persatuan Cakna Mental Malaysia (Malaysian Mental Care Association) atau lebih dikenali sebagai Malaysian Mental Care Association (MeCare) merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar sebagai persatuan dibawah Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan No Pendaftaran PPM-022-14-20102017. MeCare ditubuhkan pada Oktober 2017 bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada Oktober setiap tahun.

students, computers, laptops-1807505.jpg

MOTO

“Cakna Kesihatan Mental, Harapan Kembali Terbina”

learning, school, outdoor-1782430.jpg

VISI

MeCare sebagai pilihan utama masyarakat untuk rujukan pendidikan kesihatan mental dan pencegahan bunuh diri.

MISI

    1. Menyediakan perkhidmatan berbentuk aktiviti sosial, ceramah kesedaran, saringan kesihatan mental dan psiko-pendidikan yang berunsurkan kesihatan mental dan pencegahan bunuh diri.
    2. Memudahcara akses bantuan dan kebajikan untuk individu yang berjuang dengan krisis kesihatan mental.
    3. Memberi ruang kepada masyarakat untuk menjadi sukarelawan dalam bidang kesihatan mental.
    4. Mempromosikan kesedaran kesihatan mental melalui pendekatan yang mudah difahami untuk mengurangkan stigma dan salah faham masyarakat.

Pendekatan MeCare

PSIKOSOSIAL

  • Bantuan yang holistik dari segi keperluan biologi, psikologi, sosial dan spiritual.
  • Contoh: Kumpulan sokongan secara dalam talian DSM, bantuan dana kepada mangsa banjir dll

Sasaran: Individu dalam krisis

PSIKO-PENDIDIKAN

  • Promosi kesedaran kesihatan mental dan pencegahan bunuh diri melalui seminar, pameran, kempen, saringan dan yang bersesuaian.
  • Contoh: Chit Chat Kesihatan Mental, Pameran kesihatan mental, kempen jalanan dll
Sasaran: Golongan awam

JARINGAN

  • Penglibatan dan kerjasama dengan pihak berkaitan bagi tujuan penjenamaan, publisiti, perkongsian sumber, dana dan jualan cenderahati.
  • Contoh: Program kerjasama atau jemputan media

Sasaran: NGO, agensi kerajaan & swasta, pembuat dasar, media massa, institusi pendidikan

Kepentingan MeCare

  1. Sukarelawan yang komited dan berdedikasi.
  2. Kewangan yang kukuh, lestari dan telus.
  3. Penjenamaan yang sahih dan diyakini.
Shopping Basket
Scroll to Top