Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua ahli MeCare yang dikasihi sekalian.

Jemputan untuk menyertai Majlis Tautan Aidilfitri MeCare 2024 seperti maklumat di bawah:

Tarikh: 27 April 2024 (Sabtu)

Masa: 9.30am - 12.00pm

Tempat: Bilik Mesyuarat Beehive, M-2-08, Conezion Commercial, Persiaran IRC 3,
IOI City Resort, 62502 Putrajaya, Sepang,
Selangor. 

Jamuan ini akan dibuat secara juadah bawaan (potluck), jadi setiap ahli yang hadir perlu membawa sedikit juadah untuk dikongsi bersama.  

Bilangan peserta yang hadir akan dimaklumkan pada 24 April 2024 kepada semua peserta yang hadir untuk membuat anggaran kuantiti juadah yang akan dibawa.

Daftar selewat-lewatnya pada 22 April 2024 jam 5.00 petang.

Sebarang persoalan / maklumat lanjut, hubungi WhatsApp 60122254220.

Jumpa anda di sana!

9.30am - 10.00am: Kehadiran

10.00am - 10.30am: Pembukaan dan suai kenal

10.30am - 11.00am: Ucapan pengerusi & pengenalan MeCare

11.00am - 11.45am: Jamuan potluck & ramah mesra.

11.45am - 12.00pm: Penutup & bergambar

12.00pm: Bersurai.

Shopping Basket
Scroll to Top