KEMPEN CAKNA KESIHATAN MENTAL 2025 (CAKNA25)

MENGENAI KEMPEN CAKNA

Kempen Cakna Kesihatan Mental (CAKNA) merupakan kempen yang dianjurkan oleh MeCare bersama beberapa rakan kerjasama setiap tahun sejak tahun 2018 untuk menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada bulan Oktober setiap tahun.

Antara aktiviti yang pernah dilakukan adalah advokasi kesihatan mental secara dalam talian, webinar, kempen jalanan dan aktiviti kemuncak iaitu Chit Chat Kesihatan Mental.

OBJEKTIF UTAMA

Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025

Menyokong sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada 10 Oktober setiap tahun. Tema tahun 2025 ialah "Akses kepada Perkhidmatan: Kesihatan Mental dalam Krisis dan Bencana" .

Menoktahkan stigma

Stigma mengenai kesihatan mental masih lagi tinggi. Pendidikan kesihatan mental di fokuskan demi mencapai sifar stigma dan mewujudkan masyarakat yang celik kesihatan mental.

Ruangan sukarelawan

Antara aspek penting dalam kesejahteraan kesihatan mental ialah elemen menyumbang kepada masyarakat. Oleh itu, sukarelawan dipelawa untuk menyumbang bakti dalam usaha advokasi.

Normalisasi perbincangan kesihatan mental

Harapan kepada individu yang berjuang dalam diam, bahawa berhadapan dengan krisis kesihatan mental bukanlah satu kelemahan, seterusnya mewujudkan insan yang cakna dan mampu berempati.

AKTIVITI

CHIT CHAT KESIHATAN MENTAL

HANTARAN INFOGRAFIK #NOKTAHKANSTIGMA

KEMPEN JALANAN

Dalam setiap krisis, jiwa yang terluka tidak boleh diabaikan. Akses kepada sokongan kesihatan mental adalah ruang untuk membina harapan. Saya, awak dan kita akan pulih bersama. Talk. Listen. Heal.
Nur Ilya Maisarah binti Mohd Nasri
Pengarah, Kempen Cakna Kesihatan Mental
rakan kerjasama

Syarikat / Organisasi yang berminat menjadi RAKAN PENAJA adalah dipelawa untuk bersama kami.

Hubungi: .

Kempen Cakna Kesihatan Mental 2025

"Access to Services: Mental Health in Catastrophes and Emergencies"

Shopping Basket
Scroll to Top