KEMPEN CAKNA KESIHATAN MENTAL 2025 (CAKNA25)

MENGENAI KEMPEN CAKNA
Kempen Cakna Kesihatan Mental (CAKNA) merupakan kempen yang dianjurkan oleh MeCare bersama beberapa rakan kerjasama setiap tahun sejak tahun 2018 untuk menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada bulan Oktober setiap tahun.
Antara aktiviti yang pernah dilakukan adalah advokasi kesihatan mental secara dalam talian, webinar, kempen jalanan dan aktiviti kemuncak iaitu Chit Chat Kesihatan Mental.
OBJEKTIF UTAMA
Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025
Menyokong sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada 10 Oktober setiap tahun. Tema tahun 2025 ialah "Akses kepada Perkhidmatan: Kesihatan Mental dalam Krisis dan Bencana" .
Menoktahkan stigma
Stigma mengenai kesihatan mental masih lagi tinggi. Pendidikan kesihatan mental di fokuskan demi mencapai sifar stigma dan mewujudkan masyarakat yang celik kesihatan mental.
Ruangan sukarelawan
Antara aspek penting dalam kesejahteraan kesihatan mental ialah elemen menyumbang kepada masyarakat. Oleh itu, sukarelawan dipelawa untuk menyumbang bakti dalam usaha advokasi.
Normalisasi perbincangan kesihatan mental
Harapan kepada individu yang berjuang dalam diam, bahawa berhadapan dengan krisis kesihatan mental bukanlah satu kelemahan, seterusnya mewujudkan insan yang cakna dan mampu berempati.

Pengarah, Kempen Cakna Kesihatan Mental
rakan kerjasama

Syarikat / Organisasi yang berminat menjadi RAKAN PENAJA adalah dipelawa untuk bersama kami.
Hubungi: .
Kempen Cakna Kesihatan Mental 2025
"Access to Services: Mental Health in Catastrophes and Emergencies"
































