KEMPEN CAKNA KESIHATAN MENTAL 2024 (CAKNA24)

MENGENAI KEMPEN CAKNA

Kempen Cakna Kesihatan Mental (CAKNA) merupakan kempen yang dianjurkan oleh MeCare bersama beberapa rakan kerjasama setiap tahun sejak tahun 2018 untuk menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada bulan Oktober setiap tahun.

Antara aktiviti yang pernah dilakukan adalah advokasi kesihatan mental secara dalam talian, webinar, kempen jalanan dan aktiviti kemuncak iaitu Chit Chat Kesihatan Mental.

OBJEKTIF UTAMA

Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024

Menyokong sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada 10 Oktober setiap tahun. Tema tahun 2024 ialah "Utamakan Kesihatan Mental di Tempat Kerja".

Menokhtahkan stigma

Stigma mengenai kesihatan mental masih lagi tinggi. Pendidikan kesihatan mental di fokuskan demi mencapai sifar stigma dan mewujudkan masyarakat yang celik kesihatan mental.

Ruangan sukarelawan

Antara aspek penting dalam kesejahteraan kesihatan mental ialah elemen menyumbang kepada masyarakat. Oleh itu, sukarelawan dipelawa untuk menyumbang bakti dalam usaha advokasi.

Normalisasi perbincangan kesihatan mental

Harapan kepada individu yang berjuang dalam diam, bahawa berhadapan dengan krisis kesihatan mental bukanlah satu kelemahan, seterusnya mewujudkan insan yang cakna dan mampu berempati

AKTIVITI

CHIT CHAT KESIHATAN MENTAL

HANTARAN INFOGRAFIK #NOKTAHKANSTIGMA

KEMPEN JALANAN

JUALAN CENDERAHATI KEMPEN

Kesihatan mental yang baik adalah hak bagi semua golongan bekerja tanpa mengira status dan pangkat. Kini tiba masanya, kita mengutamakan kesihatan mental di tempat kerja.
Dr Mohd Faiz Nazim bin Baidilleh
Pengarah, Kempen Cakna Kesihatan Mental 2024
rakan kerjasama

Syarikat / Organisasi yang berminat menjadi RAKAN PENAJA adalah dipelawa untuk bersama kami.

Hubungi: .

Kempen Cakna Kesihatan Mental 2024

"Utamakan Kesihatan Mental di Tempat Kerja"

Shopping Basket
Scroll to Top