Borang

BANTUAN KECEMASAN

& Barangan Asas

Malaysian Mental Care Association (MeCare) membuka permohonan bantuan barangan asas dan dana kecemasan.

Keutamaan diberikan kepada mereka yang sedang mendapatkan rawatan untuk masalah kesihatan mental dalam kategori ibu tunggal, asnaf, penjaga anak-anak istimewa, penjaga individu berkeperluan khas dan/atau OKU. 
 
Permohonan yang melepasi saringan sahaja akan dihubungi oleh pihak MeCare.
 
Sebarang persoalan, boleh hubungi pihak MeCare menerusi e-mel [email protected]
 
Bagi yang ingin memberi bantuan kewangan kepada yang memerlukan, anda boleh klik https://toyyibpay.com/BantuanDSM
 
 
Pemohon mestilah:
1. Ahli berdaftar  Depression Survivors (Malaysia).
2. Melampirkan semua dokumen seperti yang diperlukan.
3. Mengisi borang permohonan dengan lengkap dan terperinci.
4. Sedang mendapatkan rawatan untuk masalah kesihatan mental di hospital/klinik.
5. Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang benar-benar terdesak dan dalam keadaan kecemasan sehingga tiada makanan untuk makan atau keperluan asas utama.

Pemohon perlulah memuatnaik beberapa dokumen, antaranya:
1. Salinan kad pengenalan
2. Gambar swafoto (selfie) bersama kad pengenalan mengikut penduan di bawah.
 

3. Slip bank (ada bersama nombor akaun) seperti salinan di bawah 
 
4. Salinan surat sokongan (atau kad janji temu) menyatakan sedang menerima rawatan psikiatri dan kesihatan mental.
Bantuan Kecemasan

Dokumen sokongan

Anda perlu memuat naik beberapa dokumen sebagai pengesahan diri. Dokumen ini adalah sulit dan untuk kegunaan pihak pentadbir sahaja.


Shopping Basket
Scroll to Top