PENGENALAN

Persatuan Cakna Mental Malaysia (Malaysian Mental Care Association) atau lebih dikenali sebagai MeCare merupakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar sebagai persatuan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan No. Pendaftaran PPM-022-14-20102017. MeCare ditubuhkan pada Oktober 2017 bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia yang juga disambut pada bulan Oktober setiap tahun.

“Cakna Kesihatan Mental, Harapan Kembali Terbina”

Visi

MeCare sebagai pilihan utama masyarakat untuk rujukan pendidikan kesihatan mental dan pencegahan bunuh diri.

Misi

  1. Menyediakan perkhidmatan berbentuk aktiviti sosial, ceramah kesedaran, saringan kesihatan mental dan psikopendidikan yang berunsurkan kesihatan mental dan pencegahan bunuh diri.
  2. Memudahcara akses bantuan dan kebajikan untuk individu yang berjuang dengan krisis kesihatan mental.
  3. Memberi ruang kepada masyarakat untuk menjadi sukarelawan dalam bidang kesihatan mental.
  4. Mempromosikan kesedaran kesihatan mental melalui pendekatan yang mudah difahami untuk mengurangkan stigma dan salah faham masyarakat.

BIDANG TUMPU

PSIKOSOSIAL

Bantuan yang holistik meliputi aspek biologi, psikologi, sosial dan spiritual kepada individu yang berada dalam krisis.

JARINGAN

Penglibatan dan kerjasama dengan pihak-pihak berkaitan bagi tujuan penjenamaan, publisiti, perkongsian sumber, dana dan jualan cenderahati.

PSIKOPENDIDIKAN

Ke arah usaha untuk mewujudkan masyarakat yang empati dan sifar stigma mengenai kesihatan mental.

TERAS

AKTIVITI & SERVIS

AHLI JAWATANKUASA MECARE 2022/2024

NUR AREEFAH BINTI CHE AHMAD TANTOWI

PENGERUSI
Latar Belakang
 
  • Ijazah Sarjana Pendidikan (Psikologi Pendidikan), UIAM
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Psikologi), UIAM

ABDUL RAZAK BIN ROSLI

TIMBALAN PENGERUSI
Latar Belakang
  • Jururawat
  • Sijil Perawatan Psikiatri, Kolej Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, KKM
  • Diploma Kejururawatan, Kolej Kejururawatan UKM

DR MOHD FAIZ NAZIM BIN BAIDILLEH

SETIAUSAHA
Latar Belakang
  • Pegawai Perubatan
  • Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan, Jordan University of Science and Technology

DR. ERNA NADIA BINTI NOORDIN

PENOLONG SETIAUSAHA
Latar Belakang
  • Pegawai Perubatan
  • Sarjana Muda Perubatan, Nizhniy Novgorod State Medical Academy, Russia

MOHAMMAD AIMAN BIN AMRI

BENDAHARI
Latar Belakang
  • Psikologis Klinikal
  • Master in Human Sciences of Psychology (Clinical and Counselling), IIUM
  • BSc in Psychology, University of Nottingham

EZA SAYANI BINTI MOHD SAID

AHLI JAWATANKUASA
Latar Belakang
  • Pereka Grafik
  • Bachelor of Computer Science (Computer Security)

NUR NABIILA MASFUZAH BINTI ABDULLAH

AHLI JAWATANKUASA
Latar Belakang
  • Pengajar Jururawat
  • Pelajar, Doktor Falsafah, USM
  • Master Enforcement Law, UiTM
  • BSC (Hons) Nursing – Post Registration
  • Diploma in Nursing, KKM

MUHAMMAD TAJUDDIN BIN AZAHA

AHLI JAWATANKUASA
Latar Belakang
  • Penyelia Penolong Pegawai Perubatan
  • Sarjana Psikologi, UKM
  • Sarjana Muda Sains Sosial (Psikologi), UKM
  • Diploma Pembantu Perubatan, Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta, Perak

MECARE DALAM MEDIA MASSA

Jemputan Aktiviti / Kolaborasi

“Cakna Kesihatan Mental, Harapan Kembali Terbina”

Jemputan Program

Shopping Basket
Scroll to Top