PROJEK MySAVE SEMPENA HARI PENCEGAHAN BUNUH DIRI SEDUNIA 2023

Projek MySAVE merupakan satu projek anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia, Malaysian Mental Care Association (MeCare), AWAS Malaysia dan Yayasan ZuriatCare yang dianjurkan sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2023, dengan tema Bertindak Segera, Harapan Terbina.

Ayuh bersama kami dalam usaha pencegahan bunuh diri!

Penyertaan . TELAH DITUTUP

Kempen MySAVE anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia, MeCare, AWAS Malaysia dan Yayasan Zuriatcare

Kempen MySAVE (Malaysia Suicide Awareness Voice of Hope) Jom bergambar bersama orang yang tersayang dengan bertemakan warna kuning sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2023 anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia, Malaysian Mental Care Association (MeCare), Awareness Againts Suicide (AWAS Malaysia) dan Yayasan ZuriatCARE. 🎗️

Kempen ini bertujuan untuk memupuk, mengeratkan dan mengembalikan keakraban hubungan kasih sayang antara ahli keluarga dan rakan-rakan anda. 

Caranya mudah sahaja!

🎗️Ambil gambar bersama orang tersayang dengan bertemakan warna kuning.

🎗️ Muat naik gambar tersebut di media sosial dengan meletakkan hashtag #SayangiDirimu #SebarkanSayang #BertindakSegeraHarapanTerbina #KempenMySAVE

🎗️ Sebagai tanda sokongan, peserta boleh membuat rantaian cabaran dengan meletakkan nama kenalan seterusnya untuk menyebarkan kempen ini di media sosial masing-masing.

🎗️ Pihak penganjur akan memilih kepsyen dan gambar yang paling kreatif untuk dikongsikan dimana-mana laman media sosial KKM.

⏳Tempoh Penyertaan: 1-20 SEPTEMBER 2023⏳

Untuk terma dan syarat, layari https://bit.ly/CabaranWSPD23 atau imbas kod QR pada poster.

Selamat berkasih sayang!

[Klik untuk maklumat lanjut]

Pertandingan Video Pendek sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2023

Berita baik buat semua penyunting video kreatif yang berusia 15-24 tahun!🎬

Ayuh serlahkan bakat dan kreativiti anda dengan menyertai Pertandingan Video Pendek bertemakan 'Pelaporan Media Selamat & Bertanggungjawab berkaitan Tingkah Laku Bunuh Diri' sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2023 anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia, Malaysian Mental Care Association (MeCare), Awareness Againts Suicide (AWAS Malaysia) dan Yayasan ZuriatCARE. 🎗️

Hadiah lumayan beserta sijil penghargaan menanti anda!

🥇Tempat Pertama: RM1,000.00

🥈Tempat Kedua: RM700.00

🥉Tempat Ketiga: RM500.00

Cara penyertaannya mudah sahaja!

🎗️Buat video mengikut tema berdurasi tidak melebihi 2 minit.

🎗️Muat Naik Video di Instagram/Tiktok/Facebook masing-masing dengan hashtag #BertindakSegeraHarapanTerbina #StopSuicideCopycat #HentikanPerlaporanTidakSelamat #KempenMySAVE

🎗️Lengkapkan borang pendaftaran.

Untuk maklumat lanjut dan syarat penyertaan, layari https://bit.ly/VideoWSPD23 atau imbas kod QR pada poster.

⏳Tempoh Penyertaan: 1-20 SEPTEMBER 2023⏳

Pertandingan tertakluk kepada Terma & Syarat.

Selamat berkarya!

[Klik untuk maklumat lanjut]

Penyertaan Puisi Luahan Hati Terapi Diri sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2023

Minat menulis puisi?📝

Jom jadikan minat anda sesuatu yang bermanfaat untuk masyarakat.⭐

Serlahkan bakat anda melalui Penulisan Puisi - Luahan Hati Terapi Diri sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2023 anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia, Malaysian Mental Care Association (MeCare), Awareness Againts Suicide (AWAS Malaysia) dan Yayasan ZuriatCARE. 🎗️

Caranya mudah sahaja!

🎗️ Karang puisi bertemakan Bertindak Segera, Harapan Terbina atau topik berkaitan pencegahan bunuh diri atau sokongan emosi dan psikososial kepada individu atau mereka yang terkesan dengan tingkah laku bunuh diri.

🎗️Isi borang penyertaan dan lampirkan karya anda dalam format pdf melalui pautan berikut: https://bit.ly/PuisiWSPD

Untuk terma dan syarat, layari https://bit.ly/TermaSyaratPuisiWSPD atau imbas kod QR pada poster.

🎁 Setiap penyertaan puisi berpeluang untuk menjadi peserta bertuah dalam sesi cabutan bertuah.

Selamat berkarya!

[Klik untuk maklumat lanjut]

"Bertindak Segera, Harapan Terbina" "Bertindak Segera, Harapan Terbina"

Ingin Menjemput Kami Atau Kolaborasi Bersama MeCare

“Cakna Kesihatan Mental, Harapan Kembali Terbina”

Jemputan Program

Shopping Basket
Scroll to Top