Kuasai Kemahiran Berhadapan Persekitaran Kerja Toksik, Perkongsian oleh Pakar.

Belajar daripada ahli psikologi organisasi melalui rakaman webinar untuk mengendali simptom stres, burnout, dan kurang motivasi yang sedang dialami daripada persekitaran toksik di tempat kerja.

Adakah anda terbeban dengan persekitaran tempat kerja yang menekan emosi?

Komunikasi Yang Lemah

Arahan dan panduan tak jelas, maklum balas tak membantu, tiada sokongan pihak pengurusan, yang menjadi mangsa ialah orang bawahan.

Budaya Kerja Toksik

Persaingan tak sihat, sabotaj sesama rakan sekerja, bos kerap memilih kasih dan amalan mengipas orang atasan, semua ini menyesakkan mental pekerja.

Emosi Staf Bercelaru

Tekanan mental kronik, burnout berpanjangan, hilang motivasi nak bekerja, sehingga mengganggu produktiviti.

Tempat kerja yang toksik bukan sekadar isu kecil.

Ia boleh menjadi punca utama tekanan, kebimbangan, dan keletihan emosi yang berpanjangan.

Ramai di antara kita yang mungkin tidak menyedari bahawa persekitaran kerja yang negatif ini boleh mengganggu kesihatan mental dan fizikal kita, serta merosakkan produktiviti dan kesejahteraan hidup.

Temui Bantuan Yang Anda Perlukan!

Dengan pengetahuan yang betul, anda boleh melindungi kesihatan mental sendiri, meningkatkan daya tahan emosi, dan kekal produktif walaupun dalam persekitaran kerja yang mencabar. Ia sukar, tetapi tak mustahil.

Kami menjemput anda untuk menonton rakaman webinar eksklusif ini, dan anda akan didedahkan:

Rakaman webinar ini disampaikan oleh pakar psikologi industri dan organisasi bertauliah!

Profil Penyampai Webinar

Dr Alizi Alias ialah seorang Konsultan bebas Psikologi Organisasi sepenuh masa, pengasas bersama Psychospiritual Institute dan pensyarah sambilan di beberapa universiti tempatan. Sebelum ini, beliau adalah pensyarah dan Penolong Profesor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta Pengurus Besar di bawah syarikat Medic IF Holdings Sdn Bhd.

Beliau mempunyai 14 penerbitan akademik dan 26 kertas kerja konferens. Di samping itu, Dr Alizi juga aktif berkongsi kepakaran beliau dalam topik kesihatan mental di tempat kerja kepada masyarakat awam melalui penulisan di media sosial dan ceramah di pelbagai organisasi dan syarikat seluruh negara.

Beliau juga telah mengarang buku “Penat” (Iman Publication), “Healing The Invisible Wound” (penulisan bersama di Karya Bestari), “Aku Dijangkiti Kehidupan 3.0” (penulisan bersama di Kata-Pilar) dan “Memelihara Jiwa – Petua Dari Tabib Kurun Ke-9” (terjemahan buku oleh Profesor Malik Badri).

Dr Alizi berpengetahuan luas dalam bidang psikologi industri dan organisasi, seringkali menjadi rujukan kepakaran oleh masyarakat. Beliau juga terkenal dalam usaha kerasnya mempromosikan psikologi saintifik dan bukan berlandaskan psikologi-pseudo. 

Yuran Akses Video

Apa Yang Anda Akan Dapat Dengan Mendaftar?

Kupasan secara saintifik

oleh pakar bertauliah dalam bidang

Berdurasi 1 jam

Padat tetapi sampai

Slide video diberi

Mudahkan anda nak belajar

Akses rakaman seumur hidup

Boleh tonton bila-bila dimahukan

Untuk pastikan ilmu ini dapat dipelajari ramai orang (dan ramai dapat amalkan), yuran dikenakan SANGAT RENDAH! 👇🏼

 RM 49 

🔥 RM9 / seorang 🔥

© 2024 | Malaysian Mental Care Association

Scroll to Top