SEJARAH PENUBUHAN
Malaysian Mental Care Association (MeCare) berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Negara JPPM dengan nama Persatuan Cakna Mental Malaysia (PCMM) ditubuhkan pada Oktober 2017, dan perancangan dibuat sehingga tahun 2018 dengan penyertaan awal yang terdiri daripada kakitangan kesihatan dan berlatarbelakang pendidikan bidang psikologi.
Diasaskan oleh dua orang anak muda yang optimis untuk memperjuangkan isu-isu kesihatan mental dan juga kesedaran dan pencegahan bunuh diri. Pada awalnya, Mecare fokus dalam menyebarkan informasi yang sahih dan santai mengenai kesihatan mental menerusi media sosial.
Program bermula pada tahun 2018 dengan aktiviti-aktiviti ringkas seperti jemputan sebagai penceramah untuk program berkaitan kesihatan mental dan juga menerima jemputan untuk membuat pameran berkaitan kesihatan mental.
PENDEKATAN MECARE
- Membasmi stigma terhadap penyakit mental dengan menyampaikan maklumat yang sahih kepada orang awam mengenai kesihatan mental.
- Memasyarakatkan isu kesihatan mental dengan mendekati orang ramai di tempat tumpuan awam mahupun secara atas talian.
- Menyediakan servis perkhidmatan kesihatan mental kepada orang awam yang meliputi intervensi dari sudut biologi sosial psikologi dan spiritual.
- Memberi pendedahan mengenai kepentingan mendapatkan rawatan awal untuk penyakit berkaitan kesihatan mental.
- Memberi sokongan sosial kepada pesakit-pesakit mental dengan memanfaatkan kumpulan sokongan yang disertai oleh pesakit-pesakit mental.
- Memberi perlatihan dan sokongan emosi kepada penjaga pesakit mental supaya dapat memberi bantuan yang betul bila diperlukan.
- Mengurangkan taboo mengenai isu bunuh diri
- Perlatihan mengenai kesihatan mental kepada orang awam dan juga kakitangan kesihatan.
- Membetulkan mitos-mitos mengenai kesihatan mental.
- Melakukan kajian yang tersusun mengenai isu-isu yang berkaitan kesihatan mental.
FOKUS UTAMA
