Senarai Penceramah

Chit Chat Kesihatan Mental (CCKM 2022)

Dr. Nurul Syuhaida Abdul Razak dilahirkan pada 10 Jun 1983. Kini, beliau merupakan psikiatri dari Jabatan Psikiatri, Hospital Shah Alam.

Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) di International Islamic University Malaysia (IIUM). Pada tahun 2013 hingga 2018, beliau menyambung pelajaran ke peringkat sarjana dalam bidang psikiatri di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sepanjang perkhidmatannya, selama 12 tahun di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, beliau telah bertugas

di Hospital kuala Lumpur, Hospital Ipoh, Hospital Sungai Buloh, Hospital klang, Hospital Sabak Bernam dan Hospital Shah Alam.

Selain tugas rasmi dalam kerjayanya, Dr. Syuhaida juga aktif dalam penyelidikkan serta penerbitan jurnal dan antara hasil tulisan beliau adalah Predictors Of ethamphetamine-Induced Psychosis : A Comparison Of Socio-Demographic Factors, Clinical Factors and Psychopathology with Schizophrenia during acute setting in Kuala Lumpur, Case Report on Marchiafava Bignami Disease dan The Fear of Covid-19 among Malaysia Youth, International Journal of Social Science and Economic Invention.

Beliau turut aktif menyumbang kepakarannya dalam aktiviti sukarelawan bagi menangani isu kesihatan mental masyarakat. Beliau ialah anggota Pasukan Perkhidmatan Sokongan Kesihatan Mental dan Psikologi(MHPSS). Beliau juga terlibat dalam Program Pengurusan Stress-Post Covid dan Kursus Pemerkasaan Wanita Siri 1.0.


 

En. Mohd Fairuz bin Abu atau lebih dikenali sebagai Akhi Fairuz merupakan anak jati Felda Jengka, Pahang yang dilahirkan pada tanggal 8 Ogos 1985. Beliau mempunyai kelulusan dalam bidang Kejuruteraan Elektronik di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan Pahang.

Akhi Fairuz pernah menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Pelajar di Kolej Komuniti YPJ Segamat pada tahun 2008-2010. Beliau juga diberi peluang bekerja di sebuah syarikat Raudhatus Sakinah Master Training & Consultancy pada tahun 2011 yang merupakan rumah bimbingan serta perlindungan bagi gadis hamil luar nikah.

Semasa bertugas di sini, Akhi Fairuz berpeluang menjelajah ke seluruh sekolah dan IPT di Malaysia bagi menyampaikan ceramah “Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ)”

Hasil daripada pengalaman dan usaha kerasnya, Akhi Fairuz berjaya membangunkan MFA Smart Training & Consultancy. Fokus utama konsultan ini adalah menyebarkan ilmu yang berkaitan pendidikan seksualiti, isu jenayah seksual kanak-kanak dan parenting skills.

Kejayaan beliau dalam siri ceramah menjadikan beliau sering diundang menjadi panel jemputan dalam slot bicara di stesen TV Alhijrah, TV Okey, Bernama, Sinar Harian, Radio Sinar dan lain-lain. Akhi Fairuz juga merupakan speaker bagi ML Studios dengan konten yang mengetengahkan isu-isu jenayah seksual. Kini beliau aktif dalam media sosial bagi menyebarkan kesedaran berkaitan pendidikan seksualiti dan sebagainya.

Kesibukan Akhi Fairuz sebagai penceramah tidak menghalang beliau dalam menulis ebook “ Formula Mudahya Mengajar Pendidikan Seksualiti kepada Anak Sendiri.

 

Dr Ahmad Rostam bin Md Zin merupakan Pakar Perunding Psikiatri Konsultasi Liaison Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Beliau telah menerima Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan perubatan. Selepas itu, beliau menyambung pelajaran ke peringkat sarjana perubatan, di Universiti Sains Malaysia dengan pengkhususan bidang psikiatri. Kemudian, Dr Ahmad Rostam bin Md Zin telah melanjutkan latihan kepakaran dalam bidang Psikiatri Konsultasi Liaison di National University Hospital ( NUH ) Singapore.

Dr Ahmad Rostam aktif dalam advokasi kesihatan mental dan sering dijemput menjadi panel dalam seminar, forum, ceramah secara atas talian. Beliau juga turut aktif dalam menyebarkan ilmu psikiatri di media sosial seperti di Facebook dan juga Twitter.

Beliau juga aktif dalam sukarelawan sejak tahun 2016 dan melibatkan diri dengan NGO berkaitan kesihatan seperti Medical Mythbuster Malaysia, medTweetMY, PAPISMA dan MeCare.Beliau juga merupakan pengasas bagi Laman Minda.

 

Isma Yusoof atau nama sebenarnya ialah Muhammad Ismaizal bin Yusoof dilahirkan pada 12 Ogos 1982 dan merupakan graduan daripada Mutimedia University dengan lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Filem Animasi Kelas 1.

Kerjaya lakonan beliau bermula melalui drama RTM Sutun 2 pada 2006 diikuti dengan beberapa drama seperti Impian , EJEN 016, Abang! Mak Panggil Balik dan lain-lain.

Bukan sahaja aktif dalam bidang lakonan drama, Isma Yusoof juga aktif dalam pementasan drama teater antaranya ialah Tat Nenas, Kelab Malam dan Tamu di Bukit Kenny.

Drama bersiri Merah Putih merupakan arahan pertama beliau yang diperankan oleh Zahiril Adzim, Ellyas Abdullah dan Dira Abu Zahar pada tahun 2209. Selain itu, Isma Yusoof turut mengarahkan beberapa siri drama popular seperti Mawi Oh Mawi, Raya Si Primadona, Dari Mata ke Hati dan sebagainya.

Beliau juga telah memenangi banyak anugerah antaranya Pengarah Terbaik Anugerah Tribute P Ramlee 2015, Pencalonan Pengarah Terbaik Anugerah Skrin 2013 (Fatihah Untuk Abah), Pencalonan Drama Terbaik Anugerah Skri 2013 (Fatihah Untuk Abah), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 2010 (Antara Garisan), Pelakon Terbaik Festival Teater Malaysia 2002 &2004 (Tat Nenas), Dicalonkan Pendatang Baru Terbaik FFM Sabah untuk SETEM, Rekaan Poster Terbaik FFM untuk Kebaya Merah dan Reka Bentuk Poster Terbaik FFM untuk Belukar.

Dr Zul Azlin Razali merupakan Pensyarah Kanan Perubatan dan Psikiatri di Universiti Sains Islam Malaysia. Beliau pernah berkhidmat sebagal Doktor Pelatih Psikiatri di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Bellau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perubatan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, program pascasiswazah Doktor Psikiatri di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Diploma Pendidikan Islam AREES University (Malaysia).

Beliau juga merupakan penulis buku dan telah menerbitkan pelbagal buku berbentuk fiksyen, bukan fiksyen dan salah satu bab dalam buku Chapter in Books. Antara tajuk buku beliau ialah Majnun, Aku Dijangkiti Kehidupan, Penikmat. Kehebatan beliau dalam menulis buku telah memenangi beberapa anugeranh seperi Pemenang Sayembara Novel FIXI pada musim kedua Majnun), Anugerah Buku UWP (USIM Writers’ Pool) 2019, Universiti Sains Islam Malaysia dan Writer of the Month March 2018, Faculty of Medicine and Health Science, Universiti Sains Islam Malaysia

Beliau juga aktif melibatkan diri dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Green Crescent Malaysia, International Federation of Green Crescents, Islamic Medical Association Malaysia (IMAM), Malaysian, Persatuan Psikiatri (MPA) dan beberapa NGO lain. Dr Zul Azlin juga aktif melibatkan diri dengan perkhidmatan komuniti seperti penceramah dan perunding tetap untuk bengkel awam kesihatan psikologi dan mental serta seminar.

Tambahan lagi, beliau turut terlibat dalam sokongan sosial secara berkala dalam masalah berkaitan psikologi dan kesihatan mental melalui ceramah umum di sekolah serta forum atau latihan di institusi korporat, agensi kerajaan dan juga di Youtube. Keterampilan yang menarik dan kewibawaan beliau menyampai ilmu kepada masyarakat telah membawa beliau dikenal di mana beliau turut diundang di rancangan media seperti TV3, Al Hijrah, IKIM FM, Bernama TV dan Astro Awani.

Rahmat Ikhsan bin Mohd Sofyan atau ramai mengenali beliau sebagai PU Rahmat merupakan seorang Pegawai Eksekutif Waqaf An Nur Corporation yang mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam bidang latihan dan perundingan.

Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Kepimpinan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi dan Kolej Matrikulasi Melaka.

PU Rahmat sangat cemerlang dalam menyebarkan dakwah dan ceramah secara kreatif.Perwatakkan beliau yang sangat berani memberi dan menerima kritikkan dan lantang bersuara.Beliau juga merupakan seorang yang ramah dan mudah didekati.

Merupakan finalis Pencetus Ummah bagi musim 1 dan pernah menjadi hos tetap bagi beberapa rancangan TV Al-hijrah iaitu Zon Aulad, Al Widan, Coffee with Mufti dan rancangan TV lain.

Beliau juga aktif dalam sukarelawan yang melibatkan antarabangsa, salah satunya ialah Misi kemanusiaan ke Jordan-Syria, Misi pembelajaran ken Turki dan Misi Kebajikan di Afrika.

Dr. Pau Kee merupakan Pengarah Pusat Kaunseling UPSI dan jurulatih serta pengisi Bantuan Asas Psikologi (PFA). Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada tahun 2007. Seterusnya bellau memperoleh Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) dari USM pada tahun 2010. Beliau turut memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dari Old Dominion University, Norfolk pada tahun 2015.

Beliau menganggotai pelbagai pertubuhan kaunseling sama ada di dalam dan di luar negara. Antaranya adalah PERKAMA, American Counselling Association (ACA) dan pelbagai pertubuhan lain.

Dr. Pau Kee berpengalaman menjadi pengisi Bantuan Asas Psikologi (PFA) dan Crisis Responder dari tahun 2012 hingga 2015 di Amerika Syarikat. Pada tahun 2016 pula, beliau aktif menganjurkan bengkel bengkel yang berkaitan dengan Bantuan Asas Psikologi (PFA) dan Bantuan Asas Psikologi Dalam Talian (E-PFA) di Malaysia hingga kini.

Beliau aktif dalam penyelidikan dan penerbitan jurnal. Antara Jurnal tulisan beliau ialah The Trend of Research Project Among Graduates of Bimbingan dan Program Kaunseling, Psychological Wellness Of Early Childhood Educators Inventory: A Reliability Analysis Study dan lain-lain

Dr Alizi Alias merupakan lulusan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UM) dengan B.IRKH dalam Islamic Revealed Knowledge & Heritage, dan B.HSC dalam Psikologi. Beliau memperoleh MSc dalam Psikologi Gunaan dari University of Surrey, United Kingdom, dan menamatkan PhD dalam Psikologi Industri/Organisasi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau telah mengajar di UIAM dari 1997 hingga 2018 dan menghabiskan 9 bulan di University of Gloucestershire, United Kingdom sebagai pelawat akademik. Beliau pernah bersyarah atau sedang mengajar sambilan di UKM, Open University Malaysia (OUM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) UniMy, dan Alif Institute, London. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan, Timbalan Pengarah dan Penyelaras Pelbagai JawatanKuasa.

Beliau merupakan pakar psikologi organisasi perunding bebas dengan lebih daripada 20 tahun pengalaman bekerja dalam bidang akademik dan dua tahun pengalaman bekerja dalam industri. Kepakaran Dr. Alizi adalah dalam bidang psikologi organisasi, psikologi gunaan dan psikologi Islam dengan penyelidikan, pengajaran, perundingan dan pengalaman praktikal yang luas.

Beliau telah menerbitkan 14 artikel jurnal dan bab buku, dan membentangkan 27 kertas persidangan, dan juga penceramah yang kerap mengenai isu psikologi. Dr. Alizi juga merupakan pengasas bersama Institut Psikospiritual, penasihat syarikat seperti I Luv Qur’an dan Love & Laugh, dan menawarkan latihan sebagai pekerja bebas atau melalui beberapa syarikat latihan seperti Human Dynamics, ABH Global Inspire, Managers University dan Institut Alif, London. Pengalaman Akademik.

Beliau antara pemengaruh yang dikenali dalam media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram kerana mempromosikan dan mengetengahkan bidang psikologi kepada masyarakat.