
Satu per lapan orang dikatakan mempunyai masalah kesihatan mental sejak sebelum kita dilanda wabak COVID-19. Pandemik yang terjadi telah memburukkan lagi keadaan apabila lebih ramai yang mendapat impak negatif secara fizikal dan mental. Perkhidmatan kesihatan mental yang terjejas ketika itu seperti menabur garam di luka. Natijahnya, mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental tidak dapat menikmati hidup yang berkualiti dan sukar mendepani hari-hari yang mendatang tanpa bantuan yang diperlukan. Namun, masyarakat masih lagi melihat mereka dengan penuh stigma dan diskriminasi. Justeru, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi menyebarkan maklumat dan informasi berkenaan kesihatan mental kepada orang awam agar menjadi lebih cakna. Pihak MeCare telah mengambil inisiatif untuk meneruskan kempen tahunan, iaitu Kempen Cakna Kesihatan Mental yang dijalankan bersempena Hari Kesihatan Mental sedunia pada Oktober setiap tahuaun dengan tema tahun ini “Kesihatan dan Kesejahteraan Mental Keutamaan Global”. Kempen ini akan berlangsung selama tiga bulan menggunakan pelbagai wacana sehinggalah ke program kemuncak pada hujung Oktober 2022. Program kesedaran kesihatan mental ini akan mendapat kolaborasi bersama beberapa pertubuhan lain bagi menyemarakkan lagi usaha. Besarlah harapan agar kempen ini dapat mencapai objektif dalam melahirkan masyarakat yang lebih cakna dengan kerjasama pihak-pihak yang prihatin.
Sila baca dahulu Terma Dan Syarat sebelum mendaftar
Penerangan bidang tugas sukarelawan Kempen Cakna Kesihatan Mental 2022
Link Pautan Borang Pendaftaran Sukarelawan
Soalan Lazim Berkaitan Sukarelawan Kempen Cakna Kesihatan Mental 2022