Aktiviti
Projek Utama MeCare
Aktiviti tahunan sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada 10 Oktober setiap tahun
Memasyarakatkan Kesihatan Mental
- Kempen Tempat Tumpuan Awam
- 15 Januari 2018
- Kuala Lumpur
- Oleh kerana MeCare mengambil keputusan untuk mempergiat kempen secara atas talian, MeCare mendapatkan bantuan daripada barisan artis dan influencer untuk menyebarluas kesedaran mengenai kesihatan mental kepada orang awam dengan mengambil gambar bersama plakad yang mengandungi mesej-mesej yang baik mengenai kesihatan mental yang kemudiannya di muatnaik di laman sosial.
- Kempen Jalanan 2020
- 25 September 2020
- Stesyen LRT Gombak
- MeCare dengan kerjasama Kumpulan Prasarana dan beberapa NGO lain membuka booth di kawasan LRT Gombak yang mana tempat menjadi tumpuan warga kota untuk menaiki kemudahan awal LRT, bas dan e-hailing. Para pengunjung didekati dan ditanya mengenai kesihatan mental. Banyak pandangan mengenai kesihatan mental yang dijawab oleh orang awam. Ada yang bersifat stigma, tetapi ada juga yang bersifat positif. Dari sini, para sukarelawan yang telah dilatih mendapat pengalaman dan informasi yang baru mengenai pandangan masyarakat.